Jumaat, 1 Jun 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Isu pendatang asing di Sabah ditangani

Posted: 01 Jun 2012 02:29 PM PDT

Nasional

PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan warga emas berusia 100 tahun, Low Chok Poh (dua dari kanan) memotong kek pada majlis makan malam "Jasamu Dikenang" sempena Hari Ibubapa anjuran Biro Beliawanis Wanita MCA di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Pandamaran B, Pandamaran di Klang, malam semalam. Turut hadir Ketua Wanita MCA Kebangsaan, Datuk Yu Chok Tow (kiri). - Foto BERNAMA

PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan warga emas berusia 100 tahun, Low Chok Poh (dua dari kanan) memotong kek pada majlis makan malam "Jasamu Dikenang" sempena Hari Ibubapa anjuran Biro Beliawanis Wanita MCA di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Pandamaran B, Pandamaran di Klang, malam semalam. Turut hadir Ketua Wanita MCA Kebangsaan, Datuk Yu Chok Tow (kiri). - Foto BERNAMA

PM umum tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja

KUALA LUMPUR: Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah, demikian diumumkan Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Perdana Menteri berkata, kerajaan komited untuk menangani isu itu yang menurutnya mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sabah.

Adalah diharapkan warga negeri Sabah akan mengambil manfaat daripada penubuhan RCI ini dan bersama-sama kerajaan dalam mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah berkaitan. - Datuk Seri Najib Razak

"Adalah diharapkan warga negeri Sabah akan mengambil manfaat daripada penubuhan RCI ini dan bersama-sama kerajaan dalam mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah berkaitan," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Najib berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan semua pihak.

"Jabatan Peguam Negara diamanahkan untuk mengemukakan cadangan Terma Rujukan (TOR) dan draf asas sudah disediakan.

"Bagi memastikan perjalanan RCI kelak mengambil kira pandangan semua pihak, saya sudah meminta Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada semua pihak berhubung draf awal TOR sebelum dimuktamadkan," katanya.
Perdana Menteri berkata, penubuhan RCI adalah manifestasi iltizam kerajaan dalam menjunjung prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Dilaporkan, jumlah pendatang asing tanpa izin di Sabah dianggarkan mencecah 500,000 orang.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berhubung penubuhan RCI.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata suruhanjaya berkenaan menzahirkan komitmen tinggi kerajaan dalam mendengar suara rakyat.

Beliau berkata, pada peringkat kementerian, penubuhan RCI dilihat sebagai nilai tambah usaha dilaksanakannya menangani isu berkaitan pendatang asing tanpa izin melalui Makmal Pengurusan Warga Asing Nasional serta Makmal Khas Warga Asing Sabah. – BERNAMA


Hujan lebat lebih 6 jam akibatkan tanah runtuh di Georgetown

Posted: 01 Jun 2012 02:26 PM PDT

Nasional

GEORGETOWN: Hujan lebat berterusan lebih enam jam sejak jam 4.30 pagi semalam, di sini mengakibatkan berlaku kejadian tanah runtuh di Mount Erskine dan Tanjung Bungah.

Kejadian jam 10 pagi itu mengakibatkan tembok penahan tanah di Jalan Bagan Jermal, Mount Erskine runtuh dan menimpa bahagian belakang rumah seorang penduduk, manakala tiga kereta rosak teruk tertimbus dalam kejadian tebing runtuh di Jalan Bunga Cempaka Putih, Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah.

Pegawai Kanan II Balai Bomba Bagan Jermal, L Sivalingam, berkata penduduk yang tinggal berhampiran kawasan Jalan Bagan Jermal dinasihatkan berpindah untuk sementara waktu sehingga keadaan selamat.

Kejadian jam 10 pagi itu mengakibatkan tembok penahan tanah di Jalan Bagan Jermal, Mount Erskine runtuh dan menimpa bahagian belakang rumah seorang penduduk, manakala tiga kereta rosak teruk tertimbus dalam kejadian tebing runtuh di Jalan Bunga Cempaka Putih, Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 30, ketika ditemui di Jalan Bunga Cempaka Putih, berkata ketika kejadian jam 9 pagi, beliau sedang menikmati sarapan di sebuah kedai yang terletak kurang 30 meter dari tempat kejadian.

"Saya dan beberapa pelanggan di kedai itu dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat ketika hujan lebat, tetapi hanya menyangka ia bunyi petir dan guruh.

"Bagaimanapun, kami bergegas ke tempat kejadian selepas menyedari tebing runtuh menimbus tiga kenderaan iaitu Perodua Kancil, Proton Wira dan Proton Persona," katanya yang bersyukur tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

Difahamkan, ketiga-tiga kenderaan itu diparkir berhampiran tebing sebuah rumah mewah dua tingkat dan dipercayai milik individu yang bekerja di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu, ketika dihubungi berkata, beliau menerima panggilan daripada pemilik rumah berkenaan, kira-kira jam 9 pagi.

Katanya, kejadian itu sudah dilaporkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan siasatan serta kajian menyeluruh akan dijalankan bagi mengenal pasti punca runtuhan.

"Kajian dan pemeriksaan lanjut di semua penempatan lereng bukit sekitar Tanjung Bungah akan dilakukan bagi memastikan kekukuhan serta keselamatan tebing," katanya.

Sementara itu, Yee Cheu mendakwa menerima banyak panggilan berhubung peningkatan paras air sungai, aliran deras dan berlumpur di beberapa kawasan Tanjung Bungah.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi kawasan sungai atau tapak pembinaan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan