Sabtu, 2 Jun 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Cyberjaya sedia jadi Lembah Silikon Malaysia menjelang 2020

Posted: 02 Jun 2012 02:51 AM PDT

Mutakhir

CYBERJAYA: Syarikat pemaju utama Cyberjaya, Setia Haruman Sdn Bhd, yakin Cyberjaya dapat ditransformasikan sepenuhnya menjadi Lembah Silikon Malaysia menjelang 2020.

Pengerusinya, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, berkata pada masa itu kelak, Kuala Lumpur dan Cyberjaya akan menjadi bandaraya pintar tanpa sempadan dengan syarikat berimpak tinggi menyediakan pekerjaan yang bernilai tinggi.

"Kita sudah sedia, walaupun agak lewat, tetapi tepat pada masanya. Lambat-laun, keseluruhan kawasan ini akan menjadi Koridor Raya Multimedia," kata beliau dalam taklimat media di sini. Dengan hasrat menjadi bandaraya di masa akan datang, Cyberjaya sudah muncul sebagai peneraju bagi pusat multimedia di Malaysia, mampu menarik multimedia dan syarikat ICT bertaraf dunia serta golongan profesional dan pelajar.

Mustapha berkata, pada masa ini, gelombang baru pelaburan kini diambil oleh 16 syarikat yang akan menyuntik kira-kira RM20 bilion sehingga 2016.

Daripada RM20 bilion itu, Setia Haruman akan menyumbang RM2.5 bilion dan menikmati margin antara 20 peratus dan 30 peratus daripada pelaburannya.

Mustapha berkata, pembangunan di Cyberjaya juga mendapat momentum dengan harga ruang pejabat melonjak 30 peratus sejak dua tahun lalu.

- BERNAMA


Pertempuran meletus di luar Damsyik

Posted: 02 Jun 2012 02:28 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]DAMSYIK: Pertempuran meletus antara tentera Syria dan kumpulan penentang di luar Damsyik ketika kuasa dunia memberi amaran negara itu menuju perang saudara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan