Sabtu, 9 Jun 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Najib lancar projek Bas Rapid Transit - Sunway Line

Posted: 09 Jun 2012 03:09 AM PDT

Mutakhir

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan projek Bas Rapid Transit (BRT)-Sunway Line yang akan memberi kemudahan pengangkutan kepada kira-kira 500,000 penduduk di sekitar Bandar Sunway dan Subang.

Dengan anggaran kos awal RM300 juta, projek dilaksanakan di bawah inisiatif perkongsian sektor awam dan swasta membabitkan syarikat milik kerajaan Syarikat Prasarana Negara Bhd (PRASARANA) dan syarikat swasta Sunway Bhd itu akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini dan dijangka siap pada penghujung 2014.

Najib dalam ucapan perasmiannya di Sunway Monash Residence di sini berkata, projek itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk terus memperbaiki sistem pengangkutan awam seperti yang terkandung di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), terutama di bandar-bandar utama yang memerlukan sistem pengangkutan yang cekap dan boleh dipercayai. "Kita perlu melakukan transformasi ini kerana kita memerlukan sistem pengangkutan yang dapat memenuhi keperluan sebuah bandar yang moden.

"Sebelum ini, kita memperkenalkan LRT banyak juga skeptikal, yang mengatakan LRT tidak akan berjaya, tetapi kini LRT dapat menjana seramai 450,000 penumpang sehari, dengan purata penumpang pada waktu puncak hampir 85,000," katanya. - BERNAMA


EURO 2012: Penyokong Sepanyol mati dibunuh

Posted: 09 Jun 2012 02:29 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KIEV: Seorang penyokong Sepanyol ditemui mati dibunuh selepas hampir sebulan hilang di bandar kecil Makeyevka di wilayah Donetsk, Ukraine, menurut media tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan