Rabu, 6 Jun 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Jalani temu duga SPA waktu malam

Posted:

Jalani temu duga SPA waktu malam

Jalani temu duga SPA waktu malam

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

RAKYAT negara ini berebut-rebut mencari kerja di sektor awam ekoran skim perkhidmatan yang menarik. – Gambar hiasan


PUTRAJAYA – Semua calon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam akan diberi pilihan untuk menjalani sesi temu duga sama ada pada waktu malam atau pada hujung minggu dalam masa terdekat.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam (gambar kecil) berkata, pendekatan baharu tersebut antara penambahbaikan yang dilakukan oleh pihaknya sejajar dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Beliau bagaimanapun berkata, calon yang mahu berbuat demikian perlu memaklumkan kepada SPA selepas menerima surat tawaran menghadiri temu duga.

"Ia bertujuan memberi kemudahan kepada calon memilih waktu temu duga mengikut kesesuaian mereka kerana ada antara calon mengalami kesukaran untuk ditemu duga pada waktu pejabat,'' katanya pada majlis pertemuan dengan media di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Suami baharu Nurul warga Perancis

Posted:

Suami baharu Nurul warga Perancis

Suami baharu Nurul warga Perancis

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


NURUL dan suami baharunya, Eric Daniel Deep memotong kek selepas majlis pernikahan mereka di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Bekas isteri penyanyi dan komposer tidak asing lagi, Ajai selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan Perancis di sini semalam.

Nurul Huda Abdul Wahab, 35, atau lebih dikenali sebagai Nurul selamat diijabkabulkan dengan usahawan produk kesihatan Herbalife, Eric Daniel Depp, 47, dengan hanya sekali lafaz di Duchess Place, Jalan Ampang.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman kira-kira pukul 12.20 tengah hari berwalikan abang Nurul, Mohamad Rizal Abdul Wahab.

Menurut Nurul, dia kini sudah bersedia menggalas tugas sebagai seorang isteri setelah lebih lima tahun menjadi ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, Ayu Nazirah, 14.

"Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan majlis pun sudah selesai. Apa yang dirancang menjadi kenyataan dan yang paling penting, kami kini sah menjadi suami isteri," kata Nurul yang ditemui selepas majlis.

Nurul berkata, dia berkenalan dengan lelaki Perancis itu menerusi rakannya, pelakon Zahida Rafik.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Wisma Berita RTM platform saingi media baharu

Posted:

Wisma Berita RTM platform saingi media baharu

Wisma Berita RTM platform saingi media baharu


TERSERGAM... Inilah bangunan baharu Wisma Berita RTM yang terletak di Angkasapuri, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) melangkah setapak ke hadapan dalam penyiaran berita dengan adanya bangunan Wisma Berita RTM yang dilengkapi peralatan berteknologi tinggi.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Wisma Berita RTM yang menelan belanja RM90 juta bakal menjadi platform kepada badan penyiaran itu untuk bersaing dengan media baharu.

"Kini, generasi muda lebih tertarik mengikuti siaran di IT tv (internet) dan siaran percuma serta perkara yang berhubung dengan propaganda yang menyukarkan pertimbangan fikiran kita dalam keadaan sekarang," katanya ketika merasmikan Wisma Berita RTM di Kompleks Angkasapuri semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan