MukaDepan

ZAMBRY bersama Muhammad (kanan) membantu membetulkan kerusi roda diterima Moh Sani pada Persidangan Perwakilan Tahunan 2011, PBTM Bahagian Perak ke-24 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, semalam.
Perak negeri pertama tawar 7,000 lot kediaman percuma kenang jasa bekas anggota keselamatanIPOH: Perak menawarkan lot kediaman percuma dengan bayaran premium tanah paling minimum kepada pesara tentera dan polis sebagai penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan mereka dalam menjaga keamanan negara.
Bagi tujuan itu, kerajaan negeri semalam mengumumkan 7,000 lot kediaman disediakan menerusi Projek Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) untuk bekas tentera dan polis, manakala premium tanahnya ditetapkan hanya RM500, sekali gus menjadi negeri pertama berbuat demikian. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata projek itu akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa pertama membabitkan 3,700 lot kediaman, manakala selebihnya dilaksanakan menerusi fasa kedua.
"Kita sudah mengenal pasti kawasan seluas 248 hektar di seluruh Perak bagi pembinaan lot kediaman berkenaan. Jika semua perbincangan dan persefahaman membabitkan pelbagai aspek, termasuk teknikal dapat diselesaikan, projek berkenaan akan dimulakan sebelum akhir tahun ini.
"Usaha bagi menjayakan projek ini sudah dimulakan kira-kira 18 bulan lalu dan kerajaan negeri sudah mengenal pasti kawasan berkenaan membabitkan 10 daerah di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan 2011, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Bahagian Perak ke-24 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, semalam.
Hadir sama Presiden PTBM, Datuk Muhammad Abd Ghani; Yang Dipertua PTBM Perak, Leftenan Komander (B) Jayah Said dan Panglima 2 Briged, Datuk Zulkifli Mansor.
Zambry berkata, pemilihan individu layak menerima peruntukan itu akan dibuat PBTM dan keutamaan diberi kepada mereka yang belum memiliki kediaman.
"Perak menjadi negeri pertama melakukan usaha memberi lot kediaman dan pengurangan kadar premium tanah. Kebiasaannya, kadar premium tanah yang dikenakan sebanyak RM3,000, tetapi kita tetapkan hanya RM500 sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap jasa serta sumbangan kepada bekas tentera dan polis yang banyak berkorban demi mempertahankan keamanan negara.
"Justeru, kerajaan negeri kehilangan hasil sekurang-kurangnya lebih RM17 juta dalam bentuk nilai premium tanah," katanya.
Terdahulu, beliau turut menyerahkan geran hak milik bangunan Wisma Pahlawan kepada PBTM Perak dan bantuan kerusi roda kepada dua bekas tentera Perak, iaitu Moh Sani Odin dan Rosli Adnan.
Pada majlis sama, dua bekas tentera, iaitu Mejar (B) Zainal Arif Abdul Aziz dan Pegawai Waran 1 (B), Nor Wati Pandak Piah turut menerima Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) yang disampaikan Zambry bagi menghargai sumbangan mereka dalam perkhidmatan masing-masing.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen
Dzulkafli bin Haji Ahmad
Harap yang di hebahkan ini menjadi kenyataan agar Perwira negara mendapat apa yang dijanjikan. Bukannya apa cuma bimbangkan hanya publisiti sahaja sedangkan tidak menjadi realiti.
zanuri
Terimkasih kpd MB Perak kerana menghargai jasa tentera M'sia. Macamana nak mohon yea? Tolong beri maklumat.TK.
teng
Memang wajar. Pihak polis dan tentera bergadai nyawa menjaga keselamatan. saya sendiri bukan tentera atau polis tetapi saya tau kerja mereka bukan sesenang orang lain.
Samsudin bin Kaliman
alhamdulillah...semoga kerajaan terus mengenang jasa bekas tentera keseluruh malaysia...
shaw
Seronok jadi anggota Keselamatan, Hidup terbela apabila bersara walaupun kerja x banyak mana especially tentera yg selalu hilang semasa bertugas? Bagaimana dgn perkhidmatan awam yg lain & pihak swasta yg bertungkus lumus menaikkan ekonomi negara. Ini juga dikira berkorban untuk negara juga. Kenapa jasa mereka tidak diambil kira juga?
annacomel
nampak perwira pegang senjata sahaja yang berjasa.perwira pegang pensel tak berjasa.Setahu saya bila berperang semua rakyat pegang senjata..termasuk parang dan cangkul.Bila dapat ganjaran balik2 orang pegang senjata yang diutamakan.kakitangan awam awam yang mengubah dan membentuk personaliti dan minda bangsa tidak pula dianggap wira dnn dibiarkan berhutang keliling pinggang untuk mendapat tanah sekangkang kera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan