Isnin, 26 September 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Samun: Lelaki hampir putus jari diserang

Posted:

Samun: Lelaki hampir putus jari diserang

Samun: Lelaki hampir putus jari diserang

26/09/2011 9:37pm

IPOH — Seorang pekerja kedai barangan lusuh hampir putus jari tangan kanan selepas diserang tiga orang termasuk seorang wanita di Kawasan Perindustrian Pinggir Bercham di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, dalam kejadian 12 tengah malam itu, K. Sasikumar, 19, mengalami kecederaan di kepala dan tangan kirinya akibat ditetak dengan parang.

Katanya, sebelum kejadian sebuah kereta dilihat berhenti di hadapan premis tempat mangsa bekerja ketika dia mahu menutup pintu kedai.

"Tiga orang keluar dengan bersenjatakan parang lalu menyerang Sasikumar, katanya ketika dihubungi hari ini.

Bapa saudara mangsa yang berada di tempat kejadian turut dicederakan kerana cuba membantu Sasikumar bagaimanapun ketiga-tiga lelaki berkenaan melarikan diri selepas emak saudara mangsa menjerit meminta tolong.

Katanya, ketiga-tiga lelaki berkenaan turut melarikan wang tunai berjumlah RM3,000 hasil jualan di kedai.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan lanjut, katanya. — Bernama

Wanita kejar, tendang motosikal peragut

Posted:

Wanita kejar, tendang motosikal peragut

Wanita kejar, tendang motosikal peragut

26/09/2011 8:14pm

JOHOR BAHRU — Seorang wanita bertindak nekad mengejar dan menendang motosikal seorang lelaki yang meragut beg tangan miliknya di Jalan Maju, Taman Pelangi, di sini hari ini.

Dalam kejadian 4.15 petang itu, Cindy Tan, 52, yang bekerja sebagai jurujual sedang dalam perjalanan ke sebuah kedai percetakan untuk menempah kad perniagaan dengan menaiki skuter Yamaha Ego.

Dia dihampiri sebuah motosikal Kawasaki KR-150 dari arah belakang sebelum peragut berkenaan bertindak meragut beg tangan yang diletakkan di tempat letak kaki skuternya.

"Saya terus kejar lelaki itu dan langgar motosikal dia dari belakang, menyebabkan kami berdua jatuh.

"Lepas itu saya terus bangun dan ambil beg tangan saya lalu lari ke dalam restoran untuk mendapatkan bantuan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Lelaki tersebut tidak dapat melarikan diri kerana kakinya dihempap motosikal dan orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap dan menyerahkannya kepada anggota polis peronda.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata semakan awal mendapati saspek tiada rekod kesalahan lampau.

Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun dan mendatangkan kecederaan. — Bernama

Lumba: Terengganu taja mat rempit?

Posted:

Lumba: Terengganu taja mat rempit?

Lumba: Terengganu taja mat rempit?

26/09/2011 7:25pm

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu sedia menaja mana-mana individu terutama mat rempit di negeri ini yang bercita-cita mewakili negeri dalam perlumbaan motosikal di peringkat profesional, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata, kumpulan pelumba haram atau mat rempit itu sepatutnya mempamerkan kehandalan mereka di litar lumba, dan bukannya di jalan yang boleh membahayakan banyak nyawa dan menyusahkan orang ramai.

"Kerajaan negeri sanggup membantu mereka yang berminat untuk menceburi perlumbaan permotoran... banyak faedah jika mereka menceburi perlumbaan secara profesional berbanding apa yang mereka lakukan sekarang iaitu berlumba di jalan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, masalah lumba haram di Terengganu agak ketara sejak kebelakangan ini tetapi kerajaan negeri mengambil pendekatan berhemah dengan mendidik dan memberi sokongan secara positif.

Ahmad berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan persatuan belia dalam usaha mendidik samseng jalanan itu mengubah gaya hidup mereka. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan