Rabu, 28 September 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Galak pelajar kerja di luar negara

Posted:

Galak pelajar kerja di luar negara

Galak pelajar kerja di luar negara

Oleh TENGKU FAUZIAH NGAH
utusanterengganu@utusan.com.my


BEBERAPA pelajar yang bakal menduduki STPM menunjukkan wang tunai RM1,000 yang diterima pada majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Yayasan Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 27 Sept. - Kerajaan negeri tidak pernah menyekat malah, memberikan galakan kepada para pelajar tajaannya yang telah menamatkan pengajian di luar negara membina kerjaya di perantauan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, bagi kerajaan negeri, ia suatu yang membanggakan apabila anak-anak negeri berjaya mencipta kejayaan di luar negara terutama dalam pelbagai bidang profesional.

Menurut beliau, jika peluang untuk membina kerjaya terdapat di luar negara, mereka perlu merebut peluang tersebut bagi menimba pengalaman dan kemahiran serta mencapai apa yang dicita-citakan.

''Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) tidak pernah merasa rugi membuat pelaburan yang besar kerana mahu melihat lebih ramai anak Terengganu berjaya mencipta nama di dalam atau di luar negara.

''Begitupun sikap lupa diri dan bongkak perlu dihindari dan sentiasalah mengingati orang yang membantu mereka sehingga mencapai ke tahap yang membanggakan,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Yayasan Terengganu (YT) Kepada Pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2011 di Wisma Darul Iman di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Toh Chin Yaw dan Pengarah YT, Zakaria Yusof.

Pada majlis itu, Ahmad menyampaikan sumbangan wang tunai RM1,000 seorang melibatkan 2,156 pelajar di 51 buah sekolah menengah di seluruh negeri yang akan menduduki peperiksaan STPM penghujung tahun ini.

Melalui program bantuan pendidikan YT kepada pelajar STPM, beliau berkata, kerajaan negeri telah membelanjakan RM8.48 juta membabitkan 8,486 pelajar sejak diperkenalkan pada 2008.

Menurut Ahmad, bantuan kewangan ini sebagai galakan dan juga untuk menyediakan keperluan pembelajaran kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan STPM.

Katanya, sejak program tersebut diperkenalkan, prestasi pelajar amat memberangsangkan dan beliau berharap tahun ini Terengganu mampu mencatatkan kecemerlangan buat kali keempat berturut-turut.

''Kerajaan negeri akan lakukan apa saja untuk memberi tambah nilai dalam pendidikan dengan menyedari hanya melalui ilmu dan pendidikan yang cemerlang mampu merubah landskap ekonomi rakyat, negeri dan negara," ujarnya.

Sentiasa waspada ancaman denggi

Posted:

Sentiasa waspada ancaman denggi

Sentiasa waspada ancaman denggi

KOTA BHARU 27 Sept. - Orang ramai diingatkan tidak mengambil sikap sambil lewa dalam menjaga kebersihan kawasan premis kediaman bagi mengelak penularan wabak denggi.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) negeri, Dr. Wan Mansor Hamzah berkata, keadaan cuaca ketika ini hujan dan panas menggalakkan pembiakan nyamuk aedes yang mengancam kesihatan penduduk.

"Justeru, orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan membersihkan kawasan kediaman mereka daripada pembiakan nyamuk aedes bagi mengelak ancaman demam denggi berdarah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas operasi penyemburan asap mencegah nyamuk aedes yang dilancarkan oleh Jabatan Kesihatan negeri di sekitar bandar ini.

Menurut Dr. Wan Mansor, pihak Jabatan Kesihatan negeri sentiasa memantau keadaan kes-kes jangkitan denggi di negeri ini dengan segera melakukan semburan asap untuk mengelak penularan wabak.

Beliau berkata, kes jangkitan demam denggi di negeri ini dalam keadaan terkawal dengan tiada kes demam denggi berdarah dilaporkan setakat ini.

"Pihak jabatan masih lagi berwaspada, walau ada satu kes disyaki, kita akan terus buat pemantauan dan semburan membabitkan kawasan dalam radius 200 meter daripada tempat kes.

"Setiap satu kawasan disyaki akan dibuat dua kali semburan selain pemantauan dalam tempoh 14 hari daripada kes terakhir dilaporkan," katanya.

Mengenai Telipot yang sebelum ini diisytiharkan kawasan wabak denggi, Dr. Wan Mansor berkata, keadaan telah terkawal dan tiada kes baru dilaporkan sehingga kini, namun orang ramai diminta tetap mengambil langkah-langkah perlu bagi mengelak kes berulang.

Tahun lalu, Kelantan mencatatkan 3,578 kes denggi membabitkan 11 kematian.

Kompleks RM9j bagi pesara guru

Posted:

Kompleks RM9j bagi pesara guru

Kompleks RM9j bagi pesara guru

KUALA TERENGGANU 27 Sept._Kerajaan negeri akan membina sebuah kompleks bernilai RM9 juta di Telemong, Hulu Terengganu untuk kegiatan Persatuan Guru-Guru Bersara Negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, Kompleks Desa Taqwa itu ialah untuk menyediakan tempat bagi persatuan menjalankan kegiatan terutama dalam bidang keagamaan dan kebajikan.

"Apabila siap kelak ia akan dijadikan pusat pembelajaran dalam bidang keagamaan yang berkonsepkan sekolah pondok," katanya ketika berucap pada Majlis Jasamu Dikenang untuk meraikan 272 pesara guru di sini baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan