Harian Metro: Mutakhir |
| Posted: 23 Sep 2011 10:03 AM PDT PADANG BESAR: Seorang lelaki warga Thailand memberi alasan mahu membayar hutang apabila ditahan pihak berkuasa yang menemui empat bungkusan wang kertas bernilai RM253,000 dalam kenderaannya, kelmarin. Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh anggota Kastam Diraja Malaysia (KDRM) ketika memandu kenderaan jenis pikap melalui laluan pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di sini.
Pengarah KDRM negeri, Mohd Pudzi Man, berkata pihaknya membuat pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan menemui wang kertas dalam pelbagai not berkenaan disusun dalam empat bungkusan surat khabar di bawah tempat duduk belakang.
"Berikutan itu, suspek bersama kenderaannya ditahan bagi tindakan lanjut dan pihak KDRM mendapati semua not yang cuba diseludup berkenaan berjumlah RM253,000," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.
Katanya, jika gagal, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
|
| Posted: 23 Sep 2011 10:02 AM PDT DUNGUN: Seorang lelaki terkedu apabila menemui rangka dan tengkorak manusia dipercayai milik bapanya yang hilang sejak 38 hari lalu di kawasan hutan di belakang rumahnya di Kampung Rhu Batil, Kuala Abang, di sini, semalam. Mohd Fauzi Aman, 37, berkata dia dan abangnya, Azhar, 39, menemui rangka dan tengkorak berkenaan pada jam 9 pagi selepas memasuki kawasan hutan itu yang terletak kira-kira 20 meter dari rumahnya.
"Pada malam sebelum penemuan itu, saya tidak dapat tidur lena kerana teringatkan bapa dan saya berdoa kepada Allah agar diberikan petunjuk di mana bapa berada.
"Saya percaya tulang itu berselerak akibat dimakan dan dilarikan binatang liar," katanya yang percaya tulang dan tengkorak berkenaan milik bapanya.
"Saya mendapati kunci pintu dapur terbuka dari dalam dan mencari bapa sekitar kampung, namun tidak menemuinya," katanya.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan