Harian Metro: Setempat |
Posted: 26 Sep 2011 11:28 AM PDT KUALA LUMPUR: "Saya tidak pernah memandu kereta ini di Sabah, tetapi mengapa boleh disaman, malah jika tidak menjelaskan saman itu dalam tempoh 14 hari, saya didenda RM5,000," kata Yong Chon Heng, 30, yang mendakwa menjadi mangsa pihak tertentu disyaki menggunakan nombor pendaftaran sama dengan Nissan Cefiro miliknya. Bukan saja nombor pendaftaran sama, malah jenis kenderaan serta warna kenderaan serupa.
"Saya sudah membuat laporan polis pada 15 September lalu sejurus selepas menerima surat daripada DBKK," katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di sini, semalam.
"Ketika ini PGRM akan memaklumkan perkara terbabit kepada Yang Dipertua DBKK untuk menangguhkan tempoh saman kerana kami mahu siasatan dibuat terlebih dulu bagi mengenal pasti hal sebenar," katanya.
|
Posted: 26 Sep 2011 10:28 AM PDT LONDON: Neil Warnock mengkritik pengadil, Michael Oliver berhubung tiga sepakan penalti yang dihadiahkan pada pertemuan Queen Park Rangers (QPR) dengan Aston Villa, kelmarin. QPR yang beraksi dengan 10 pemain, meraih gol penyamaan untuk memadamkan kelebihan jaringan penalti Barry Bannan selepas Armand Traore mengasari penyerang Villa, Gabby Agbonlahor. QPR juga sepatutnya layak dihadiahkan dua sepakan penalti.
"Saya kecewa melihat prestasi pengadil kerana perlawanan ini seolah-olah tiada pengadil.
Warnock menyaksikan pasukannya tidak diberi sekurang-kurangnya dua sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahan Villa, Alan Hutton.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan