Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 25 Sep 2011 10:04 AM PDT KUALA LUMPUR: "Ibu yang mengajar saya teknik urutan batin dan menyuruh saya menjadi pelacur." Itu pengakuan mengejutkan seorang remaja berusia 16 tahun yang ditemui di sebuah premis urut yang menyediakan khidmat seks, di sini. Mahu dikenali sebagai Ziela, remaja itu berkata, dia tidak rela melakukan pekerjaan itu, tapi tiada pilihan kerana ibunya yang juga pelacur memaksanya berbuat demikian. "Saya tak mahu (melacur). Sebelum ini kakak menjadi pelacur kerana disuruh ibu, tapi selepas dia malas untuk terus melakukannya, saya pula dipaksa ibu menjadi pelacur sejak dua bulan lalu," katanya. Ziela ditemui wartawan Harian Metro yang menyamar pelanggan di rumah pelacuran dikendalikan ibunya di satu kawasan rumah kedai di pinggir ibu negara.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 25 Sep 2011 10:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 45 tahun melalui saat getir apabila dia bukan saja disamun, malah turut dibelasah, diculik dan disumbat ke dalam but kereta miliknya lebih tiga jam sebelum dia berjaya melepaskan diri dan terjun dari kenderaan itu. Mangsa yang mahu dikenali Lim mengalami kecederaan terseliuh kaki kiri, bengkak dan lebam akibat tindakannya terjun dari kereta jenis Proton Persona yang sedang memecut laju. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 pagi kelmarin, mangsa yang juga seorang peniaga gerai makan mahu memulakan perniagaannya di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, sebelum dihampiri dua lelaki. "Sebaik tiba di tempat letak kenderaan dan mematikan enjin kereta, seorang lelaki berusia 30-an secara mengejut masuk ke dalam kereta.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan