Berita Harian: Mutakhir |
| FELCRA bayar dividen RM224 juta Posted: 24 Sep 2011 02:46 AM PDT Mutakhir KUALA TERENGGANU: FELCRA yang terlibat dalam pembangunan tanah, khususnya getah, telah mengeluarkan dividen RM224 juta kepada kira-kira 95,000 orang pesertanya di seluruh negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Juzilman Basir, berkata sebahagian daripada dividen itu telah diagihkan sebelum Aidilfitri lalu dan sebahagian lagi akan diagihkan selepas itu. "Pada 2010, kita telah agihkan sebanyak RM157 juta," katanya kepada pemberita selepas majlis mesra Hari Raya Warga FELCRA Berhad Wilayah Timur di Stadium Tertutup di Gong Badak dekat sini hari ini. Yang turut hadir ialah Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad, Datuk Abdul Fatah Abdullah dan Datuk Ir Azizuddin Meor Hamzah.Dengan harga getah yang semakin baik dan produktiviti Felcra yang meningkat tahun ini, Juzilman berkata ia mungkin menjana pendapatan yang lebih tinggi dan memberangsangkan berbanding tahun lalu. "Memandangkan kepada perkembangan itu, kita menjangkakan FELCRA akan mengeluarkan lebih banyak lagi dividen untuk diagihkan kepada peserta tahun ini," katanya. Beliau berkata Lembaga Pengarah FELCRA Berhad telah dimaklumkan perkara itu.
Dalam hal ini, FELCRA akan menguruskan ladang-ladang peserta di seluruh negara selain dari masa ke semasa meneruskan usaha mencari tanah terbiar untuk dibangunkan. FELCRA juga banyak melaksanakan rancangan pembangunan tanam semula yang sesuai dengan umur rancangan itu yang menjangkau 43 tahun. "Sasaran kita ialah untuk menanam semula lebih kurang 7,000 hektar setahun," katanya. Selain menanam semula dan melaksanakan projek baharu, Juzilman berkata FELCRA juga memastikan supaya tanah yang akan diusahakannya sesuai ditanam dengan tanaman kontan untuk menambahkan sedikit pendapatan hasil peserta. Tanah berkenaan ditanam dengan tanaman jangka pendek seperti pisang berangan, nenas dan tebu sementara menunggu tanaman semula mengeluarkan hasil. - BERNAMA |
| Satelit: Orang ramai dinasihat tidak sentuh objek pelik Posted: 24 Sep 2011 02:39 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Agensi Angkasa Negara hari ini menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh, mengambil atau menyimpan objek luar biasa yang ditemui kerana berkemungkinan ia serpihan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).Sebaliknya, agensi itu dalam satu kenyataan di sini meminta agar penemuan berkenaan dimaklumkan kepada mereka bagi tindakan lanjut. Laporan NASA yang dipetik collectSPACE.com menyatakan satelit seberat enam tan yang dilancar pada 1991 itu jatuh ke bumi antara lewat Jumaat dan awal Sabtu. Satelit itu dilapor memasuki atmosfera bumi dan jatuh melepasi Lautan Pasifik dengan waktu dan lokasi sebenar belum diketahui dengan tepat. - BERNAMAKomen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan