Isnin, 26 September 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Semua taska YPK dilengkapi CCTV

Posted:

Semua taska YPK dilengkapi CCTV

Semua taska YPK dilengkapi CCTV

Oleh TENGKU FAUZIAH NGAH
utusanterengganu@utusan.com.my


TENGKU Besar Terengganu, Sharifah Nong Asegaff (tiga dari kiri) mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak sambil diperhatikan oleh Mohd. Shafaruddin Mustaffa (kiri) pada majlis sambutan hari raya anjuran Kelab Keluarga Taska Batu Buruk di Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 25 Sept. – Sebanyak 66 taska kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di seluruh negeri ini akan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi meningkatkan tahap keselamatan kanak-kanak di taska itu.

Pengarah YPK negeri, Mohd. Shafaruddin Mustaffa berkata, ia sebagai langkah berjaga-jaga dan pada masa ini sebanyak 16 taska telah dilengkapi kemudahan itu pada tahun ini.

Katanya, pemasangan peralatan itu akan dilakukan secara berperingkat dengan kos keseluruhan dianggarkan sebanyak RM100,000.

''Menjelang akhir tahun depan kesemua 66 taska termasuk 32 Taska Permata Keluarga dilengkapi kemudahan itu,'' katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Kelab Keluarga Taska Batu Buruk di sini baru-baru ini.

Majlis turut dihadiri oleh Tengku Besar Terengganu, Sharifah Nong Asegaff yang menyampaikan sumbangan raya kepada anak-anak kelab keluarga berkenaan.

Katanya, pemasangan CCTV itu dapat memantau dan mengelakkan sebarang perkara yang ditidak diingini berlaku terutama di kalangan kanak-kanak di bawah jagaan YPK.

''YPK memberi perhatian yang serius terhadap keselamatan kanak-kanak, walaupun pada keseluruhannya semua taska berada dalam persekitaran yang selamat," ujarnya.

Pada masa ini katanya, YPK mempunyai 3,500 kanak-kanak yang berusia di bawah empat tahun yang ditempatkan di 66 buah taska seluruh negeri.

Setiap tahun YPK membelanjakan kira-kira RM11 juta untuk pengurusan dan gaji kakitangan di samping bantuan subsidi bayaran kanak-kanak yang ditempatkan di taska berkenaan.

JPJ: 40 saman dalam sejam

Posted:

JPJ: 40 saman dalam sejam

JPJ: 40 saman dalam sejam


ABDUL Rahman Emang Anyie menunjukkan kesalahan sebuah treler membawa muatan melebihi had panjang pada Operasi Pengarah di Gong Badak, semalam.


KUALA TERENGGANU 25 Sept. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri mengeluarkan sebanyak 40 saman terhadap pelbagai kesalahan lalu lintas dalam tempoh hanya satu jam dalam operasi Ops Pengarah di sini hari ini.

Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, dalam tempoh itu juga, sebanyak 30 notis amaran dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap.

Menurutnya, jumlah tersebut boleh disifatkan agak tinggi dan pihaknya yakin dapat mengesan lebih banyak kesalahan yang dilakukan pengguna kenderaan sekiranya operasi itu dilakukan sepanjang hari atau waktu puncak.

"Kita bukan sahaja mencari kesalahan pemandu atau pengguna jalan raya tetapi turut menasihat dan mengingatkan mereka," katanya di sini hari ini.

Operasi melibatkan kira-kira 50 anggota itu dijalankan di dua lokasi iaitu Jalan Kubang Badak yang menuju ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta berhadapan UMT.

Abdul Rahman memberitahu, pihaknya turut mengesan beberapa kesalahan lain termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan yang tamat tempoh, tidak memakai topi keledar dan tali pinggang serta kesalahan berkaitan plat kenderaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, JPJ negeri telah menahan tujuh buah lori yang didapati membawa muatan berlebihan sejak dua hari lalu.

habis

Cepatkan bina lapangan terbang antarabangsa

Posted:

Cepatkan bina lapangan terbang antarabangsa

Cepatkan bina lapangan terbang antarabangsa

KOTA BHARU 25 Sept. - Kerajaan Pas Kelantan memohon Kerajaan Persekutuan mempercepatkan projek pembinaan lapangan terbang antarabangsa di sini bagi merancakkan lagi perkembangan sektor pelancongan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, kerajaan negeri sangat-sangat mengalu-alukan pembinaan lapangan terbang tersebut yang boleh membantu kemasukan terus pelabur asing ke negeri ini tanpa perlu melalui Kuala Lumpur.

''Permohonan supaya pembinaan lapangan terbang antarabangsa itu dipercepatkan hampir setiap tahun dibangkitkan termasuk oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sendiri dalam titah ucapan baginda semasa merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pembentangan bajet,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan pejabat Pusat Perkhidmatan Pelancongan Air Asia dimiliki oleh syarikat al-Quds Travel Sdn. Bhd. di Jalan Sultan Ibrahim di sini.

Turut hadir, Pengarah Urusan al-Quds Travel, Wan Mohd. Zamri Wan Salleh dan Ketua Wilayah Jualan dan Pengedaran Air Asia, William Lim.

Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata, ketika ini kerajaan negeri masih menunggu pengesahan daripada Kementerian Pelancongan mengenai status Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa yang telah dinaik taraf baru-baru ini, untuk dijadikan lapangan terbang antarabangsa.

"Bagi pihak kerajaan negeri, kita memberi sokongan sepenuhnya kerana kita yakin dengan lapangan terbang yang dinaik taraf, ia akan membantu membangunkan negeri dengan lebih cepat," katanya.

Pada 19 Ogos lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, LTSIP boleh mengendalikan perkhidmatan penerbangan antarabangsa setelah projek menaik taraf bernilai RM45.5 juta yang bermula Jun tahun lalu siap sepenuhnya.

Beliau berkata, dengan pemanjangan landasan dari 1,980 meter kepada 2,400 meter itu, ia membolehkan pendaratan pesawat lebih besar termasuk Airbus A330 dan Boeing 737-800.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan