Harian Metro: Setempat |
Posted: 27 Sep 2011 10:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Bermula 1 Oktober depan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempunyai kuasa sama dengan polis trafik untuk menyaman kenderaan bergerak bagi kesalahan melanggar isyarat lampu merah serta memotong barisan. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, berkata anggota trafik warden DBKL juga boleh menyaman sehingga RM150 bagi setiap saman termasuk kesalahan menghentikan kenderaan di garisan kuning dan tidak mematuhi isyarat lalu lintas.
"Seramai 40 anggota DBKL dipilih untuk bertugas pada waktu puncak memantau di 10 persimpangan yang dikenal pasti," katanya selepas merasmikan perhimpunan bulanan DBKL di sini, semalam.
Sementara itu, Ahmad Fuad melancarkan Kempen Senyum Peringkat DBKL yang menyarankan semua kakitangannya terutama petugas barisan hadapan mengamalkan budaya mesra pelanggan melalui amalan memberikan senyuman ketika berurusan dengan orang ramai.
|
Posted: 27 Sep 2011 10:55 AM PDT BANTING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mematahkan satu sindiket menyeleweng gas masak bersubsidi untuk kegunaan industri membabitkan kerugian RM3.15 juta dalam serbuan di sebuah premis di Batu 16, Jalan Sungai Sedu, Jenjarom, di sini, petang semalam. Sebelum ini, premis sama diserbu pada 26 Julai lalu, namun dalang sindiket terbabit tidak serik.
Kali ini, sindiket bertindak lebih sistematik dengan bertukar lokasi di kawasan sama untuk mengaburi mata penguat kuasa.
"Pemeriksaan mendapati, 602 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi dipindahkan melalui saluran paip yang disalurkan ke dalam 204 tong gas industri bersaiz 50kg," katanya ketika ditemui di tempat serbuan, semalam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan