Harian Metro: Mutakhir |
Pemandu bas terlepas hukuman gantung Posted: 28 Sep 2011 03:04 AM PDT PUTRAJAYA: Seorang pemandu bas pelancong terlepas hukuman gantung setelah mahkamah rayuan di sini hari ini mengenepikan sabit kesalahan dan hukuman mati kerana membunuh kawannya lima tahun lepas. Panel mahkamah rayuan tiga orang anggota diketuai Datin Paduka Zaleha Zahari bagaimanapun menjatuhkan hukuman 18 tahun penjara ke atas Mahadzar Mohd Tap selepas mendapatinya bersalah menyebabkan kematian tanpa niat membunuh. Hakim Zaleha menganggotai panel bersama Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Linton Albert memerintahkan Mahadzar, 37, menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 10 Okt 2006. Panel mahkamah mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang mendapati Mahadzar bersalah membunuh Kamariza Baharin, 45, di hadapan sebuah rumah di Jalan Kedidi 3, Taman Paroi Jaya, Seremban antara pukul 10 pagi hingga 11 pagi pada 10 Okt 2006. Mahkamah rayuan sebaliknya menerima rayuan Mahadzar untuk mengurangkan pertuduhan kepada menyebabkan kematian tanpa niat membunuh. |
Enam rakyat Malaysia ditahan di Bangkok Posted: 28 Sep 2011 02:53 AM PDT BANGKOK: Enam rakyat Malaysia termasuk seorang wanita ditahan di sini semalam kerana didakwa menipu di lapan buah negara. Timbalan Pengarah Polis Pelancongan, Lt Kol Satit Promuthai berkata mereka ditahan di Suphalai Park di sini pada 11 pagi.
Beliau berkata polis masih menyiasat jumlah sebenar mangsa dari Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, Laos, Vietnam, Kemboja dan China serta jumlah wang yang mereka tipu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan