Harian Metro: Setempat |
Posted: 25 Sep 2011 10:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang juga pembungkus makanan di sebuah kilang di sini, ditahan pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou, China selepas disyaki cuba menyeludup dadah jenis heroin seberat 549 gram bernilai kira-kira RM40,000. Difahamkan, wanita itu, C Letchumi, 32, yang dipercayai menjadi mangsa sindiket keldai dadah berlepas ke republik itu pada 10 September lalu bersama empat rakan sekerjanya termasuk majikan warga Nigeria, bagaimanapun ditahan pihak berkuasa China atas dakwaan membawa dadah terbabit yang disorokkan dalam beg baju. Menurut suami mangsa, C S Sangar, isterinya baru tiga bulan bekerja dengan sebuah kilang pembungkusan makanan di Taman Bolton, Gombak, dekat sini, sebelum mendapat tawaran daripada majikannya untuk pergi ke China bagi mengikuti kursus pengurusan. "Pada mulanya saya curiga dengan tawaran itu memandangkan isteri baru beberapa bulan bekerja, namun tidak mengesyaki apa-apa perkara buruk kerana dia seronok bekerja di situ selain baik dengan seorang anak majikan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
PBPM mohon prasarana buat bekas, balu polis Posted: 25 Sep 2011 09:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) memohon Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar supaya mempertimbangkan permohonan mereka berkaitan penyediaan prasarana untuk bekas polis dan balu yang kurang bernasib baik. Pemangku Presiden PBPM, Datuk Yusuf Hamdain Diego (gambar), berkata ketika ini ramai bekas polis dan balu yang memerlukan bantuan.
"Kami harap dapat membantu mereka yang tidak bernasib baik supaya bekas polis dan balu yang kurang bernasib baik menambah pendapatan sara hidup ke arah yang lebih selesa," katanya pada majlis Penyampaian Sumbangan dan Jamuan Hari Raya anjuran PBPM. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan