Jumaat, 8 Jun 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Polis temui semula 70 enjin, komponen kereta curi

Posted:

Polis temui semula 70 enjin, komponen kereta curi

Polis temui semula 70 enjin, komponen kereta curi

08/06/2012 7:58pm

PETALING JAYA — Sebuah kereta Mazda 626 yang rosak dan diletak di hadapan rumah pemiliknya tetapi dilaporkan dicuri oleh sebuah trak penunda di Taman Kinrara, Puchong Sabtu lepas, akhirnya ditemui semula dengan enjin dan komponennya telah dileraikan di sebuah bengkel menjual barangan lusuh di sini.

Polis berkata, casis kereta itu telah diremukkan dan menemui enjin kereta itu bersama 70 enjin kereta dan lori, 16 casis kereta, sebuah casis lori, enam rangka motosikal, sembilan motosikal buruk dan tiga jentera berat, kesemuanya berilai kira-kira RM300,000.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, polis menahan 11 lelaki terbabit dalam sindiket curi kenderaan, termasuk pemilik bengkel berusia 58 tahun dan pemandu trak tunda terbabit beurmur 28 tahun.

Kira-kria 20 minit selepas laporan diterima, polis menahan pemandu trak berkenaan yang juga tinggal di kawasan Puchong, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Polis kemudian dibawa ke sebuah kedai menjual barangan lusuh di Jalan Maju Jaya 1, Taman Maju Jaya, di sini dan menemui komponen dan enjin pelbagai jenis kenderaan yang disembunyikan di bawah timbunan besi buruk dan zink.

Polis turut menahan dua pengawal keselamatan kedai itu serta tujuh pekerja warganegara India, berumur 22 dan 55 tahun.

Tun Hisan berkata, mereka ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kesalahan mencuri kenderaan dan memiliki kenderaan curi.

"Kedai itu mempunyai lesen jualan bahan lusuh yang sah telah beroperasi sejak 1999. Berdasarkan nombor casis enjin, kenderaan-kenderaan yang dicuri itu dilaporkan hilang sejak awal tahun ini di Sungai Way, Rawang, Bandar Sunway dan Petaling Jaya," katanya. — BERNAMA

Polis cari Proton Saga guru parah disamun

Posted:

Polis cari Proton Saga guru parah disamun

Polis cari Proton Saga guru parah disamun

08/06/2012 7:56pm

PETALING JAYA — Polis kini mencari kereta Proton Saga milik guru wanita, yang diculik dan koma, setelah mangsa disamun oleh penjenayah dan ditinggalkan di ladang kelapa sawit di Kuala Selangor Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, polis sedang mencari kenderaan Proton Saga itu yang dilarikan penjenayah itu.

Beliau berkata, siasatan awal polis juga mendapati guru itu telah disamun sebelum dipukul dengan teruk sehingga menyebabkan mangsa kini koma dan dirawat di Hospital Sungai Buloh, dekat sini.

"Polis telah menerima laporan daripada seorang lelaki mengenai guru itu yang ditemui dalam keadaan cedera teruk," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai kehilangan guru itu, 51, oleh suaminya setelah beliau keluar dari rumahnya di Kinrara, Puchong pada Rabu lepas.

Guru itu ditemui pada hari yang sama dengan keadaan cedera teruk di bahagian muka sehingga sukar untuk suaminya mengecam mangsa.

Mohd. Adnan berkata, siasatan awal mendapati wanita itu telah keluar awal untuk berjoging sebelum dilarikan penjenayah.

"Polis kini menyiasat kes itu mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ketika menyamun," katanya. — BERNAMA

Terengganu juara Kejohanan Menembak Remaja

Posted:

Terengganu juara Kejohanan Menembak Remaja

Terengganu juara Kejohanan Menembak Remaja

08/06/2012 7:54pm

PETALING JAYA — Dua pingat emas yang diperoleh Terengganu hari ini membolehkan mereka ditabalkan selaku juara keseluruhan Kejohanan Menembak Remaja Terbuka Kebangsaan 2012 di Lapang Sasar Subang di sini.

Pada hari terakhir kejohanan hari ini, Athirah Hamzah membidik dua pingat emas untuk pasukan pantai timur itu menerusi acara 50m Rifle 3 Posisi Individu Remaja Perempuan dan acara berpasukan remaja perempuan.

Dua pingat emas yang diraih pasukan Terengganu membolehkan mereka mengumpul lapan emas, tujuh perak dan lima gangsa.

Mereka diekori rapat oleh Johor yang mengutip tujuh emas, tiga perak dan dua gangsa manakala tempat ketiga keseluruhan menjadi milik Perak yang mengumpul empat emas, tiga perak dan 10 gangsa.

Kejohanan selama tujuh hari itu yang bermula sejak Sabtu lepas disertai oleh enam negeri iaitu Terengganu, Johor, Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan