Ahad, 3 Jun 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


2 rumah musnah dalam kebakaran

Posted:

2 rumah musnah dalam kebakaran

2 rumah musnah dalam kebakaran

03/06/2012 4:23pm

SEREMBAN - Dua buah rumah teres setingkat di Taman Sri Mawar Fasa 2 di Senawang di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 10 malam itu disedari oleh beberapa jiran berhampiran yang cuba memadamkan kebakaran namun gagal.

Ekoran itu, dua dari tiga deretan rumah teres tersebut hangus.

Seorang saksi, B. Balachandran, 28, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur di dalam salah sebuah rumah tersebut yang disewanya sebelum terjaga apabila dikejutkan oleh teriakan jiran-jiran dari luar rumah.

Dia yang keseorangan pada masa itu, terus keluar dan tergamam apabila melihat api sudah mula marak dan menghampiri rumahnya dan pada masa itu beberapa orang jiran sedang cuba untuk memadamkan kebakaran tersebut.

"Pada masa yang sama, beberapa orang jiran saya turut membantu saya membawa keluar barangan untuk diselamatkan kerana api merebak dengan begitu pantas sekali.

"Saya berterima kasih kepada mereka kerana telah menyelamatkan saya. Jika tidak, saya tidak tahu apa yang akan terjadi," katanya ketika ditemui di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Izwani Abdul Hamid berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10.10 malam.

Katanya dua jentera bersama 13 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran berkenaan dari terus merebak ke unit rumah yang lain.

Punca sebenar kejadian dan kerugian masih dalam siasatan," katanya. - BERNAMA

2 pelajar teknik lemas di Air Terjun Sekayu

Posted:

2 pelajar teknik lemas di Air Terjun Sekayu

2 pelajar teknik lemas di Air Terjun Sekayu

03/06/2012 3:22pm

HULU TERENGGANU - Dua pelajar dari Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu mati lemas di Air Terjun Sekayu di sini hari ini.

Mereka ialah Mohd. Azrul Azmir Maidin dan Mohd. Hanif Izuddin, kedua-duanya berusia 17 tahun dan berasal dari Seberang Takir dan Gong Badak, Kuala Terengganu.

Mangsa pergi ke air terjun itu bersama enam lagi pelajar sebelum kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi.

Seorang rakan mangsa, Mohd. Arif Harun berkata, pada mulanya Mohd. Azrul Azmir yang turun mandi, tiba-tiba dihanyutkan arus.

Mohd. Hanif cuba membantu tetapi dia juga lemas di dalam air sedalam tujuh meter itu.

Mohd. Arif berkata, kejadian itu kemudiannya dimakumkan kepada pihak bomba dan penyelamat yang menemui mayat kedua-dua mangsa pada kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi di celah batu di dasar air terjun itu.

Ketua Operasi Bomba Hulu Terengganu, Khairul Anwar Bidin berkata, kawasan tersebut tidak dibenarkan untuk mandi-manda. - BERNAMA

Banduan baru bebas mati dibelasah

Posted:

Banduan baru bebas mati dibelasah

Banduan baru bebas mati dibelasah

03/06/2012 3:11pm

BUTTERWORTH - Seorang banduan yang baru dibebaskan Isnin lepas atas kesalahan berkaitan dadah meninggal dunia dalam pergaduhan dengan seorang suspek di Taman Tambun Indah di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, G. Shamugam, 28, yang masih menganggur dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut di hadapan sebuah restoran pada pukul 4.30 pagi.

"Kita mendapat maklumat daripada orang awam berlaku pergaduhan di kawasan berkenaan dan sepasukan anggota polis peronda bergegas ke tempat kejadian.

"Apabila sampai, suspek dilihat sedang memukul mangsa dengan rotan," katanya.

Difahamkan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan amaran bagi meleraikan pergaduhan itu.

Shafien berkata, suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Persona. Mangsa meninggal di tempat kejadian.

Beliau berkata punca sebenar kejadian belum diketahui tetapi dipercayai akibat dendam. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan