Sabtu, 2 Jun 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Lebuhraya Utara Selatan sesak akibat kemalangan

Posted:

Lebuhraya Utara Selatan sesak akibat kemalangan

Lebuhraya Utara Selatan sesak akibat kemalangan

02/06/2012 7:19pm

KUALA LUMPUR — Keadaan trafik di beberapa lokasi arah utara dan selatan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dilaporkan sesak petang ini.

Jurucakap PLUSLine ketika dihubungi berkata, bagi laluan ke utara, pertambahan bilangan kenderaan serta beberapa kemalangan kecil menyumbang kepada keadaan tersebut.

Beliau berkata, antara laluan yang dilapor bergerak perlahan ialah dari Slim River menuju ke Bidor, Tapah menghala ke Gopeng, dari Plaza Tol Sungkai menghala ke utara dan Bukit Tambun ke Plaza Tol Juru.

Di selatan, trafik dilaporkan bergerak perlahan dari Nilai menghala ke Seremban.

"Trafik bergerak perlahan disebabkan orang pulang ke kampung sempena cuti hujung minggu dan cuti sekolah serta berlaku beberapa kemalangan kecil," kata jurucakap itu.

Pihak PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka dengan bijak bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kesesakan pada musim cuti persekolahan ini.— BERNAMA

Pembantu rumah Indonesia kembali bertugas

Posted:

Hab mencari aplikasi terbaik

BERMULA 16 Mei lalu, syarikat pembekal enjin pencarian internet, Google Malaysia telah melancarkan Chrome Web Store iaitu pasaran terbuka yang memberikan pengguna hab mudah untuk melayari, mencari dan membeli aplikasi terbaik dalam laman web. Lagi...

Potensi francais produk Malaysia di Jakarta

Posted:

Potensi francais produk Malaysia di Jakarta

Potensi francais produk Malaysia di Jakarta

02/06/2012 7:12pm

JAKARTA — Empat belas francaisi yang berpotensi dari Indonesia berminat untuk menjalankan perniagaan francais jenama Malaysia pada hari pertama acara persidangan dan ekspo antarabangsa tentang francais, lesen dan konsep perniagaan (IFRA 2012) di sini pada Jumaat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, potensi itu membabitkan nilai produk berjumlah RM8.6 juta.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding pencapaian pada tahun lalu yang bernilai RM5.36 juta.

"Produk francais jenama Malaysia yang diminati kali ini termasuklah sistem keselamatan produk bio-organik, produk kesihatan, perabot dan makanan," katanya selepas melawat acara IFRA 2012, pada Sabtu.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan