Sabtu, 2 Jun 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Papa mula bawa masuk amah

Posted:

Papa mula bawa masuk amah

Papa mula bawa masuk amah

Oleh NOR IDAYU BOSRO

JEFFREY FOO (kanan) bersama sebahagian daripada pembantu rumah dari Indonesia di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kumpulan pertama pembantu rumah dari Jawa Timur, Indonesia telah dibawa masuk oleh Persatuan Agensi Pekerja Asing Malaysia (Papa) selepas penghantaran amah dari negara itu ke Malaysia dibekukan dua tahun lepas.

Pembekuan sementara penghantaran amah itu ditarik balik berikutan kesepakatan yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali pada November tahun lalu.

Presiden Papa, Jeffrey Foo berkata, kemasukan kumpulan pertama pembantu rumah Indonesia yang berjumlah 29 orang itu mengikut memorandum persefahaman (MoU) yang dipersetujui kedua-dua negara sebelum ini.

Menurut beliau, MoU berkenaan lebih menjamin kebajikan amah dari negara jiran itu apabila majikan diwajibkan membuka akaun khusus untuk pembantu rumah masing-masing bagi membolehkan gaji bulanan mereka disalur secara terus ke akaun terbabit.

"Akaun tersebut perlu dinamakan di atas nama pekerja dan tarikh serta jumlah kemasukan gaji akan dikawal selia dari semasa ke semasa oleh agensi pekerjaan masing-masing bagi memastikan tidak ada unsur manipulasi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dihalau akibat perbezaan politik

Posted:

Dihalau akibat perbezaan politik

Dihalau akibat perbezaan politik

Oleh TOREK SULONG
berita@kosmo.com.my


INILAH rumah yang dihuni Esah sejak kecil sebelum dia dan keluarganya dihalau gara-gara berbeza fahaman politik di Bachok semalam.


BACHOK – Sebuah keluarga 10 beranak di Kampung Changgung, di sini terpaksa pasrah kepada takdir apabila diusir dari rumah milik saudara sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Esah Ya (gambar kecil), 50, mendakwa, dia bersama suami, Che Mohd. Nor Che Mamat, 53, dan anak-anak mereka diminta berpindah segera oleh ibu saudaranya yang juga pemilik tanah dan rumah berkenaan.

Akibatnya, mereka terpaksa memunggah keluar semua barangan dan menumpang di rumah salah seorang anak di Kampung Nipah, dekat sini.

"Saya tidak tahu apa salah kami sampai kena halau. Tapi hubungan kami dengan tuan rumah memang renggang sejak suami saya menghantar borang keahlian UMNO baru-baru ini.

"Selepas itu segala-galanya berubah. Saya sudah tinggal di rumah ini sejak kecil," dakwa Esah ketika ditemui di sini, kelmarin.

Esah memberitahu, rumah berkenaan merupakan harta pusaka peninggalan arwah datuk yang kemudian menyerahkan hak milik kediaman itu kepada ibu saudaranya yang berusia 68 tahun.

Katanya, sejak suaminya menyerahkan borang keahlian UMNO dan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 pada Isnin lepas, sikap ibu saudaranya itu berubah dan tidak lagi membenarkan dia sekeluarga tinggal di rumah berkenaan.

"Kami sangat sedih bila dihalau keluar sambil pemiliknya memberitahu rumah ini lebih baik disewakan kepada orang lain," dakwanya.

Sehubungan itu, Esah amat berharap untuk mendapatkan bantuan pihak tertentu bagi membina rumah sendiri di atas tanah mereka yang berdekatan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dua beradik sertai konvoi motosikal maut

Posted:

Dua beradik sertai konvoi motosikal maut

Dua beradik sertai konvoi motosikal maut


ANGGOTA polis memeriksa mayat Noor Nazmin yang terlibat dalam kemalangan maut bersama adiknya Noor Nazufiq di KM271.3 Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran Gunung Lang di Ipoh semalam.


IPOH - Dua beradik yang menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 271.3 Lebuh raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gunung Lang di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Mohammad Noor Nazmin Mohd. Norzri, 20, dan adiknya, Mohammad Noor Nazufiq, 18, maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki yang mereka tunggangi terbabas sebelum merempuh belakang sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, semasa kejadian kedua-dua beradik itu yang berasal dari Melaka sedang mengikuti konvoi 20 buah motosikal berkuasa tinggi yang menuju ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur.

"Sewaktu kejadian, motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang Mohammad Noor Nazmin yang merupakan seorang anggota tentera dipercayai terbabas selepas gagal memotong sebuah lori di hadapannya.

"Motosikal mangsa terlanggar penjuru kanan belakang lori berkenaan hingga membuatkan mereka terpelanting ke pembahagi jalan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan