Ahad, 3 Jun 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


‘Kerap alami mimpi ngeri’

Posted: 02 Jun 2012 10:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Amalan khurafat berunsur sihir dikenali sebagai 'voodoo' dipercayai digunakan warga asing, khususnya di kalangan Mat Afrika, dalam usaha 'mencairkan' mangsa, sekali gus memudahkan aktiviti penipuan terhadap penduduk tempatan yang kebanyakannya wanita.

Walaupun amalan itu popular di benua Afrika dan biasanya digunakan untuk pengamal atau individu yang mengupah pihak tertentu supaya menyihir musuh sehingga membawa kematian, tujuan utama amalan itu kini dipelbagaikan mengikut keperluan pengamalnya.

Akibat penangan voodoo, mangsa seolah-olah dipukau hingga mudah menurut telunjuk penjenayah seperti dialami dua mangsa, Zarina Ayu, 36, dan Rohaya Dusa, 38 (bukan nama sebenar). Berikut pengakuan eksklusif mangsa yang mengalami kerugian besar hingga mengalami trauma dalam hidup mereka.

KES 1
ZARINA AYU:


"SAYA berharap wanita tidak sesuka hati melayan perbualan atau permintaan lelaki asing yang biasanya membuat janji temu dan memberi pelbagai hadiah sebelum meminta gambar atau merakam gambar bersama, kononnya untuk kenang-kenangan.

Saya harap apa yang saya alami dua tahun lalu tidak akan berlaku kepada orang lain kerana kesengsaraan dialami membawa petaka yang sangat dikesali hinggalah kini.

Selepas terpaksa meninggalkan keluarga kerana sanggup mengikut teman lelaki bertubuh sasa yang hanya dikenali selama sebulan, kebahagiaan diharapkan hingga ke jenjang pelamin tidak ke mana apabila kehilangan pekerjaan dan disisihkan apabila wang simpanan mula kehabisan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tidak melampaui batas

Posted: 02 Jun 2012 10:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya akui baju dipakai ketika satu majlis resepsi perkahwinan saya seksi kerana bertemakan cara orang Inggeris. Namun, bagi saya ia tidak melampaui batas. Lagipun, ketika itu saya hanya mengikut tema majlis," kata artis terkenal, Memey.

Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 26, mencipta kontroversi apabila mengenakan skirt pendek sebagai busana pengantin dalam majlis resepsi perkahwinannya dengan pelakon, Norman Hakim, September lalu.

Selain Memey, penyanyi Hai Hai Bye Bye, Ezlynn turut mengenakan skirt pendek dalam majlis resepsi perkahwinannya dengan Adam, awal tahun ini.

Memey dan Ezlynn hanya contoh, malah konsep perkahwinan moden itu seakan-akan menjadi 'trend' apabila pelbagai budaya Barat dibawa masuk dan digunakan dalam majlis persandingan orang Melayu, sekali gus mengetepikan adat resam yang dipegang sejak ratusan tahun dulu.


Meskipun Islam tidak menghalang apa jua konsep dalam perkahwinan, segelintir pengantin terlalu taksub untuk mencari kelainan dalam majlis persandingan mereka hingga bertindak melampaui kebiasaan masyarakat Melayu yang majoritinya beragama Islam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan