Isnin, 4 Jun 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


BN tak buat janji mustahil: PM

Posted: 04 Jun 2012 02:39 PM PDT

Nasional

NAJIB ketika menyampaikan  ucapan pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya,  semalam.

NAJIB ketika menyampaikan ucapan pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya, semalam.

Dasar, komitmen kepemimpinan pelihara kesejahteraan rakyat perlu kekal

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) tidak akan membuat sebarang janji yang mustahil untuk dipenuhi atau boleh membawa kemudaratan kepada negara semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan tidak boleh berjanji menurunkan harga petrol seperti janji pembangkang kerana ia mustahil dilaksanakan.

Kita mesti teruskan dasar dan komitmen bukan hanya untuk tempoh jangka pendek atau sehari dua, tetapi memelihara kesejahteraan rakyat dan negara secara berterusan. - Najib Razak, Perdana Menteri

"Harga minyak di Malaysia paling rendah di Asia Tenggara kecuali Brunei dan setiap bulan kerajaan membelanjakan lebih RM2 bilion. Tetapi, ada pihak berjanji jika berkuasa hari ini, esok harga minyak diturunkan. Ini janji tidak berpaksi kepada realiti atau prinsip menguruskan ekonomi dan negara dengan penuh tanggungjawab.

"Mereka juga berjanji menghapuskan pinjaman PTPTN yang boleh meningkatkan hutang negara sebanyak RM44 bilion, tol dihapuskan dan gaji minimum mencecah RM4,000," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, semalam.

Najib menegaskan rakyat tidak perlu menjadi cendekiawan untuk menyedari hakikat bahawa semua janji itu memang tidak mungkin dapat dilaksanakan.

"Tetapi pada mereka (pemimpin pembangkang), itu tidak penting kerana mahu menduduki kerusi di belakang saya ini (sebagai Perdana Menteri). Jika dapat duduk kerusi saya... yang lain belakang kira.
"Sikap seperti ini boleh membawa kesan buruk kepada negara. Oleh itu, kita mesti teruskan dasar dan komitmen bukan hanya untuk tempoh jangka pendek atau sehari dua, tetapi memelihara kesejahteraan rakyat dan negara secara berterusan," katanya.

Najib berkata, beliau bersyukur dasar transformasi negara sejak tiga tahun lalu memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada rakyat serta kesan positif kepada ekonomi negara sehingga pencapaian ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus pada suku pertama tahun ini berjaya.

"Tetapi apa yang membuka mata kita adalah apabila sektor pembinaan berkembang melebihi 15 peratus dan menjadi antara penyumbang terbesar pencapaian kadar pertumbuhan. Faktor utama pertubuhan sektor pembinaan adalah kerana Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) serta perbelanjaan tambahan oleh kerajaan dan swasta," katanya.

Perdana Menteri juga berkata, ramai pelancong asing kagum dengan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

"Rupanya wujud jurang realiti dan persepsi di Malaysia. Bagi sesetengah negara realiti itu lebih buruk daripada persepsi, tetapi di Malaysia persepsi lebih buruk daripada realiti.

"Malah, Senator John McCain dan Senator Joseph Lieberman dari Amerika Syarikat (AS) yang ke sini baru-baru ini memuji Malaysia kerana mereka kata Malaysia sebuah negara berjaya. Di AS pun ada banyak masalah dan mereka masih dalam proses memperbaiki sistem demokrasi di sana.

"Oleh itu, kita patut yakin kita berada di landasan benar dan baik, cuma apa patut dilakukan ialah jangan berpuas hati dengan pencapaian sebelumnya dan sentiasa mencabar diri untuk melakukan perkara lebih baik dan teruskan bagi memastikan kejayaan pada masa depan.

"Misalnya, kerajaan masih menunggu peningkatan produktiviti selepas memberikan kenaikan gaji kepada penjawat awam dari Gred Satu hingga 54 yang mendapat kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus, baru-baru ini. Jika gaji naik tetapi produktiviti tidak naik, maka ia tidak seimbang," katanya.


8,000 amah Indonesia diambil sebulan

Posted: 04 Jun 2012 02:33 PM PDT

Nasional

KUALA LUMPUR: Kira-kira 8,000 pembantu rumah Indonesia akan memasuki negara ini setiap bulan bagi menampung keperluan dan permintaan majikan di Malaysia.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerja Asing Malaysia (PIKAP), Datuk Raja Zulkepley Dahlan, berkata jumlah berkenaan adalah anggaran kemasukan untuk memenuhi kira-kira 100,000 permohonan khidmat pembantu rumah.

Justeru, beliau khuatir sama ada Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bersedia menerima gelombang kemasukan pembantu rumah dan memastikan semua proses permohonan berjalan lancar.

"Dengan peraturan baru berdasarkan memorandum persefahaman (MOU) yang dipersetujui, semua permohonan majikan yang dikemukakan kepada agensi perlu melalui JTK dan Imigresen terlebih dulu. Adakah pihak berkenaan bersedia memastikan proses permohonan dipenuhi dalam tempoh dijanjikan." - Datuk Raja Zulkepley Dahlan, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerja Asing Malaysia (PIKAP)

"Dengan peraturan baru berdasarkan memorandum persefahaman (MOU) yang dipersetujui, semua permohonan majikan yang dikemukakan kepada agensi perlu melalui JTK dan Imigresen terlebih dulu. Adakah pihak berkenaan bersedia memastikan proses permohonan dipenuhi dalam tempoh dijanjikan," katanya kepada Berita Harian semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam kelmarin bahawa Malaysia memerlukan kira-kira 100,000 pembantu rumah Indonesia bagi menampung permintaan.

Raja Zulkepley berkata, pihaknya menerima hampir 80,000 permohonan pembantu rumah warga Indonesia dan jumlah itu terus meningkat.

Katanya, mengikut taklimat kepada agensi, proses oleh Imigresen akan mengambil masa hampir dua minggu dan JTK dalam tempoh tiga hari.
"Saya harap proses permohonan lancar walaupun dengan kemasukan besar-besaran pembantu rumah dan agensi pekerjaan tidak dipersalahkan jika berlaku kelewatan," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA), Jeffrey Foo, berkata pihaknya berusaha menambah kemasukan pembantu rumah Indonesia tetapi mereka tidak boleh menghantar pembantu rumah ke negara ini hanya dalam seminggu atau sebulan kerana ia memerlukan masa untuk berbuat demikian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan