Sabtu, 9 Jun 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Mandat jamin perubahan

Posted: 08 Jun 2012 03:43 PM PDT

MukaDepan

NAJIB disambut meriah pengunjung program Jelajah Janji Ditepati di Kulim, semalam.

NAJIB disambut meriah pengunjung program Jelajah Janji Ditepati di Kulim, semalam.

Kerajaan janji kejayaan lebih baik untuk negara: Perdana Menteri

KULIM: Selepas menunaikan semua janji dalam Belanjawan 2012, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan lebih banyak perubahan akan dilaksanakan di negara ini untuk manfaat rakyat.

Menurut Perdana Menteri, walaupun tempoh pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinannya hanya berusia tiga tahun, pelbagai program dalam transformasi kerajaan berjaya dilaksanakan. "Ia hanya perubahan awal dalam transformasi negara dan lebih banyak perubahan akan dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). BN yakin dapat membuat lebih banyak perubahan dan untuk itu kita memerlukan mandat yang lebih besar.

"Kerajaan mahukan mandat penuh, bukan sipi-sipi. Kita nak kemenangan besar untuk jamin kejayaan yang lebih baik untuk negara yang tercinta ini," katanya ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati (JJD) di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), di sini, semalam.

Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan beberapa Menteri Kabinet. Program sehari yang dihadiri kira-kira 30,000 pengunjung itu menyediakan ruang pameran disertai 25 agensi kerajaan dan tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi meningkatkan kefahaman rakyat mengenai dasar kerajaan, terutama program transformasi pentadbiran, ekonomi, politik dan sosial.

JJD di Kedah adalah yang ketiga selepas Johor serta Sarawak dan akan diadakan di negeri lain selepas ini.
Mengenai cadangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua, Najib berkata beliau sedang mempertimbangkan cadangan itu kerana BN sentiasa memikirkan kaedah mengurangkan beban hidup rakyat.

Katanya, selain BR1M, pelbagai bantuan lain seperti bantuan RM100 untuk murid sekolah dan baucar buku untuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berjaya meringankan beban rakyat.

Najib juga berkata, kerajaan BN adalah kerajaan yang boleh menjamin kepentingan rakyat seperti keamanan, kestabilan dan keharmonian.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak mencontohi perhimpunan BERSIH 3.0 yang bertukar ganas pada April lalu dan tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang kononnya ulama terkenal, Yusof al-Qardawi mengeluarkan fatwa rakyat Malaysia wajib menumbangkan kerajaan.

"Saya hairan, ada pemimpin pembangkang kata fatwa Yusof al-Qardawi boleh dipakai... halal menggulingkan kerajaan zalim. Sebenarnya, fatwa itu dibataskan hanya kepada Mesir dan Libya tetapi tidak bagi Arab Saudi, Qatar, Malaysia dan negara lain," katanya.

Beliau juga berkata, ikatan yang kuat antara kerajaan dan rakyat bukan atas perasaan membuta tuli atau sikap taksub kepada pemimpin, sebaliknya berdasarkan kemampuan kerajaan untuk menunaikan janji kepada rakyat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan