Jumaat, 1 Jun 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


15 juta kongsi manfaat

Posted: 31 May 2012 06:42 PM PDT

MukaDepan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Prospektus Felda Global Ventures Holdings bersama Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad di Kuala Lumpur, semalam.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Prospektus Felda Global Ventures Holdings bersama Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad di Kuala Lumpur, semalam.

Pemegang akaun PNB, Tabung Haji turut terima faedah penyenaraian FGVH

KUALA LUMPUR: Seramai 15.55 juta rakyat Malaysia yang mempunyai akaun dalam Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Lembaga Tabung Haji (TH) akan turut menerima faedah daripada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia pada 28 Jun depan.

Mereka dijangka menerima dividen lebih menarik daripada kedua-dua institusi berkenaan hasil pulangan yang diraih sebagai pelabur strategik paling besar dalam tawaran awam permulaan (IPO) FGVH itu.

PNB kini mempunyai 10.85 juta pemegang akaun pelaburan yang mana kira-kira 9.6 juta adalah Bumiputera manakala 1.2 juta lagi bukan Bumiputera manakala TH memiliki 4.7 juta pendeposit. Kedua-dua institusi pelaburan itu masing-masing memegang kepentingan terkumpul sebanyak 15 peratus dalam FGVH.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pelantikan PNB dan TH disifatkan sebagai kumpulan pelabur penting untuk mencambah dan mengembangkan lagi manfaat bakal diraih FGVH selepas penyenaraiannya itu.

"Dengan penyenaraian FGVH ini, bukan hanya peneroka dan kakitangan syarikat, malah semua lapisan masyarakat yang memiliki kepentingan menerusi PNB dan TH memperoleh manfaat potensi masa depan syarikat itu.

"Ini antara matlamat utama penyenaraian FGVH, iaitu bukan saja dapat melimpahkan kemakmuran dan kejayaan FELDA, tetapi juga kemakmuran rakyat dan negara," katanya berucap sempena pelancaran prospektus FGVH, semalam.

Selain PNB dan TH, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP, di samping dua lagi pelabur asing iaitu Value Partners dan Qatar Investment turut dilantik menjadi pelabur strategik dalam FGVH.

Pelantikan semua institusi pelaburan yang memegang kepentingan terkumpul dalam FGVH sebanyak 723.5 juta saham atau 19.8 peratus itu, bertujuan meningkatkan kredibiliti syarikat perladangan bersepadu tempatan itu dalam menjalankan perniagaan di dalam dan luar negara.

FGVH akan menawarkan 2.19 bilion saham biasa yang 1.915 bilion ditawarkan kepada pelabur institusi Bumiputera dan pelabur institusi asing, manakala baki 273.61 juta saham lagi diperuntukkan kepada pelabur runcit.

Bahagian runcit IPO saham FGVH itu akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah daripada harga institusi iaitu sebanyak RM4.55 sesaham, manakala harga institusi pula ditentukan menerusi proses penetapan harga.

Berdasarkan petunjuk harga RM4.55 juta sesaham, FGVH dijangka mampu mengumpul RM10.5 bilion, sekali gus menjadikan IPO syarikat itu sebagai terbesar di Malaysia dan kedua terbesar dunia selepas IPO Facebook setakat ini.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi FELDA dan FGVH, Tan Sri Mohd Isa Samad; Presiden Kumpulan dan Ketua Eksekutif FGVH, Datuk Sabri Ahmad.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

sitiaminah_talib@yahoo.com

Seronoklah org Felda mendapat durian runtuh. Terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia.

yan

yang tak melabur tu jgn buat cerita yang bukan-bukan pulak.

shukriah othman

berita baik utk semua yg melabur dlm asb dan tabung haji. Amin...

padzil Ahmad

bilakah tawaran awam Saham Felda FGVH akan di buka untuk permohonan awam? nak melabur ni.

kami pekerja gaji hari di FGVPH ni layak tak isi blue form


Tiada ulasan:

Catat Ulasan