Isnin, 19 September 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Pelancong dari Beijing ke KL disaring di China

Posted: 19 Sep 2011 04:41 PM PDT

Nasional

Kerjasama 2 negara perangi jenayah rentasi sempadan

KUALA LUMPUR: Kemasukan pelancong dari China ke Malaysia akan disaring di pintu keluar republik itu apabila kedua-dua negara memeterai perjanjian kerjasama memerangi jenayah merentasi sempadan yang disifatkan kerajaan sebagai ancaman amat kompleks dan berisiko tinggi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata negara tidak boleh bergerak sendirian memerangi jenayah merentasi sempadan yang disifatkannya lebih serius daripada masalah tsunami, gempa bumi, kegawatan serta rusuhan di Timur Tengah. Malah, katanya, berdasarkan pendakwaan kes pengubahan wang haram di mahkamah negara ini, hasil yang dikenal pasti dijana daripada pelbagai jenayah meningkat sehingga mencecah RM2.3 bilion ketika ini.

"Jumlah pelancong China yang terlalu ramai ke negara ini menyebabkan Malaysia tidak mampu melakukan penapisan secara bersendirian, walaupun menggunakan apa juga teknologi sedia ada.

"Saya sudah membincangkan perkara ini dengan rakan sejawatan di Beijing untuk melakukan penapisan beberapa pintu keluar masuk di China. Selain itu, kita juga bersetuju berkongsi maklumat mengenai sindiket antarabangsa pemerdagangan manusia, serta perjalanan barangan buatan antara negara dalam konteks perdagangan yang boleh ditafsirkan sebagai ancaman, seperti nuklear.

"Untuk itu, kita akan menandatangani satu perjanjian di Beijing dalam tempoh terdekat.
"Malaysia juga akan memeterai perjanjian sama dengan Vietnam, tetapi lebih berkisar kepada perjalanan manusia, termasuk pekerja dan pelajar," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan 2011 di sini, semalam.

Selain kerjasama global, Hishammuddin berkata, usaha kerajaan memerangi jenayah merentasi sempadan juga dilakukan secara holistik dengan membabitkan 14 kementerian dan agensi dalam Jawatankuasa Kabinet Menangani Jenayah.

Beliau berkata, dunia tanpa sempadan membuka ruang kepada pihak ingin mengaut keuntungan sehingga tergamak melakukan sebarang jenayah, termasuk menjual manusia, menyeludup dadah dan senjata, yang mengancam semua negara dan juga masa depan generasi akan datang.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, pemerdagangan manusia menjana kira-kira RM99.58 bilion (AS$32 bilion) membabitkan 2.4 juta manusia di seluruh dunia setahun.

Katanya, mengikut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah, pemerdagangan manusia adalah sumber pendapatan yang ketiga terbesar bagi jenayah terancang selepas penyeludupan dadah dan senjata.


Maut ditikam kekasih pengkid

Posted: 19 Sep 2011 04:40 PM PDT

Nasional

POLIS  mengangkat mayat pekerja kilang di Taman Semarak, Sungai Petani, semalam.

POLIS mengangkat mayat pekerja kilang di Taman Semarak, Sungai Petani, semalam.

SUNGAI PETANI: Seorang gadis berusia 29 tahun ditemui mati di sebuah rumah di Taman Semarak, dekat sini, petang semalam dipercayai ditikam kekasihnya yang juga pengkid berusia 25 tahun yang kemudian bertindak mencederakan dirinya.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mayat mangsa yang berasal dari Yan Besar ditemui berlumuran darah di ruang tamu rumah sewa mereka.

Kekasih mangsa, pengkid keturunan Siam mencederakan dirinya dengan senjata ditemui di depan rumah jiran dalam keadaan separuh sedar. Pengkid terbabit menikam kekasihnya yang juga pekerja kilang di Bakar Arang, akibat cemburu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad, berkata mangsa dipercayai tinggal bersama di rumah itu sejak 2007 dan polis tidak menolak kemungkinan berlaku perselisihan faham antara mereka.

Katanya, mangsa ditemui berlumuran darah di ruang tamu oleh orang ramai sebelum menghubungi polis, manakala pengkid terbabit ditemui di rumah jiran dipercayai untuk meminta bantuan.

"Siasatan polis mendapati ada dua kesan tikaman menggunakan pisau di perut mangsa dan senjata yang dipercayai digunakan turut ditemui di ruang tamu rumah terbabit. Polis masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar," katanya di sini, semalam.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Anti-Pengkid

ish ish hari tu kes pondan, ni mai pulak kes pengkid-perempuan. nampak mcm semakin subur perilaku hubungan songsang/ senget kat Malaysia ni..

Zaifuddin

Ni lah rakyat Malaysia sekarang. Semakin ramai menjadi hilang akal dan mementingkan diri sendiri. Cuba drive sekitar time peak hours, kebanyakkan perangai org M'sia terlalu mementing diri sendiri semata2 utk sampai cpt ke ofc. Apa nak jadi lah, bala Allah SWT dtg tiap2 hari tetapi kebanyakkan kita buat tidak endah, tunggulah dtg bala yg lg besar...

shamsso

pesanan saya untuk golongan wanita, hindarilah diri dari terjebak dengan cinta sesama jenis/pengkid. tujulah ke arah yang betul dan tidak menyimpang dari hukum tuhan.

Leexa

akhir zaman, lelaki berbunuh kerna lelaki, perempuan berbunuh kerna perempuan.

sara

haish.. macam-macam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan