Berita Harian: Nasional |
| Kesungguhan PM buat pembangkang setuju Posted: 21 Sep 2011 05:04 PM PDT Nasional Kesediaan sertai Jawatankuasa Pemilih ParlimenKUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang semalam membuat keputusan menyertai Jawatankuasa Pemilih Parlimen bagi tujuan transformasi pilihan raya selepas melihat kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu melaksanakan pembaharuan terhadap sistem pilihan raya negara. Keputusan itu menyaksikan pakatan pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP akan menghantar wakil masing-masing bagi menganggotai jawatankuasa berkenaan yang akan dibentangkan penubuhannya di Parlimen Oktober ini. "Mesyuarat majlis pimpinan pakatan bersetuju sertai jawatankuasa berkenaan dan kita akan bawa wakil kita supaya menyampaikan mandat rakyat dicetuskan oleh BERSIH. Pakatan akan beri kerjasama penuh bagi jayakannya" Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan untuk menyertai jawatankuasa berkenaan dibuat selepas melihat kesungguhan Najib untuk melaksanakan pembaharuan selain memberi ruang kepada kerajaan untuk melakukannya. Anwar Ibrahim "Mesyuarat majlis pimpinan pakatan bersetuju untuk menyertai jawatankuasa berkenaan dan kita akan bawa wakil kita supaya menyampaikan mandat rakyat yang dicetuskan oleh BERSIH. Pakatan akan beri kerjasama penuh bagi menjayakannya. "Kita (pakatan pembangkang) rela bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya yang adil dan bersih. Kita mahu satu jaminan bahawa akan berlaku perubahan dalam sistem pilihan raya dan ini yang akan diberi perhatian oleh jawatankuasa berkenaan. "Pakatan sudah buat keputusan, soal syarat (yang dikemukakan pembangkang sebelum ini) bukan masalah, lima syarat itu akan terus dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan, termasuk resolusi BERSIH," katanya selepas mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang di ibu pejabat PAS, di sini, semalam. Lima syarat pembangkang sebelum ini ialah penetapan tarikh pilihan raya secara bersama, mendesak kerajaan menerima semua resolusi BERSIH, isu pemberian kad pengenalan harus menjadi agenda utama jawatankuasa, kerajaan perlu terima keputusan jawatankuasa pemilih dan jaminan bahawa kerajaan serius mahu melaksanakan pembaharuan dalam proses pilihan raya. Jawatankuasa Pemilih Parlimen diumumkan Perdana Menteri Ogos lalu akan dianggotai wakil daripada pihak kerajaan BN dan pembangkang untuk membincangkan reformasi pilihan raya yang perlu dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Anwar berkata, sehingga kini pakatan belum memutuskan wakil rakyat yang akan menyertai jawatankuasa berkenaan dan satu mesyuarat khas akan diadakan bagi tujuan itu. Mengulas mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi PRU13, beliau tidak menafikan ada percanggahan berhubung perkara itu, namun yakin ia akan dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan. |
| Posted: 21 Sep 2011 05:01 PM PDT KUCHING: Kaya anak tetapi hidup kesepian. Itulah nasib warga emas, Sabil Terbi, 77, dari Kampung Kudei Baru dekat sini, yang mempunyai sembilan anak tetapi mengalami sindrom 'Empty Nest' iaitu rasa kesunyian dan sedih akibat tinggal bersendirian di kawasan luar bandar dan berjauhan dengan anak. Daripada sembilan anaknya termasuk empat lelaki, hanya seorang yang sanggup menjaganya iaitu anak sulungnya, Railie Sabil, 42. "Kalau ada warga emas di Sarawak yang hidupnya sunyi dan terabai, sayalah antara mereka. Saya mempunyai sembilan anak berusia 25 hingga 42 tahun, namun hanya anak sulung yang sanggup menjaga saya, sedang yang lain tidak pernah menjenguk saya," katanya ketika ditemui di sini. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenwokhamid alfatihah buat ayahanda yang dirindui, moga rohnya dirahmati dan damai di sana.. amin siti hawa wahai anak insaflah dan kasihani bapamu yg kesepian ini, ingat hidup ini ibarat roda, balasan allah perlu ditakuti, jgn lalai dan leka dgn kekayaan yg tidak kekal itu... saya yg telah kehilangan ayah dgn tiba2... terasa sunyi kerana saya tidak puas bercerita dgn ayah saya, ayah pergi pd 31/7/11 disaat umat islam mybut puasa, sedih tak terkata, sehingga hari ini masih terbayang wajah ayah.... wawa Ya Allah, tidak mengenang jasa lgsg...:(
yoi anak2 derhaka..sperti citer si tanggang rohayu basiron janganlah jadi anak durhaka. lawatlah dan hargailah ibubapa sementara dia ada. bila dia tiada esok kita akan kerinduan untk meneybut perkataan emak dan ayah. Wan Adly hmm,sedih terharu plk rasenya...bak kata "ibu bapa boleh menjaga 9-10 orang anak,tapi adakah 9-10 orang mampu menjaga hanya ibu dan bapa?"~sama-sama kita mengambil iktibar dan fikir-fikirkn. eyda love saye betsimpati atas nasib pak cik julita abat tanpa ibubap siapalh kita..hargai dan sayangi lh mreka selagi hayat mereka msh ada,jgn sdh tiada bru nk mnyesal..anak berapa ramai pn kdua ibubapa snggup mnjga mmbrikn makan pakai yg ckup wlupn sdrhana,tp sramai mna pn bilangan anak..blm tntu mmpu mjga kd ibubapa..sprtimna kdua ibubapa mjga anak mereka..jd renung2knlh.. epol Hargailah pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa yang membesarkan kita sehingga kita dapat hidup sempurna. MFJ 10 orang anak belum tentu dapat jaga seorang ibu / bapa.. tapi seorang bapa / ibu boleh menjaga 10 orang anak. Mahadi Abu Bakar Sayangilah ibu bapa.. InsyaAllah kita akan disayangi oleh Allah. Bagitulah sebaliknya.. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan