Berita Harian: Mutakhir |
| 'Saya bukan lagi perdana menteri, laksanalah hudud sekarang': Dr Mahathir Posted: 21 Sep 2011 03:28 AM PDT Mutakhir TANJUNG MALIM: Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya."Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud," katanya ketika diminta mengulas hasrat PAS untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang oleh rakan-rakannya dalam pembangkang. Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana Za'ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini, hari ini. Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, dilaporkan pernah berkata, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Dr Mahathir dan bukan pengerusi DAP, Karpal Singh.PAS dan DAP adalah rakan pakatan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat. Dr Mahathir turut menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada masa sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008. "Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tidak kawal, dia tidak ajar agama betul.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata, kadar jangkitan HIV bagi tempoh 2008-2009 di Kelantan adalah hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara. - BERNAMA
|
| Mayat lelaki ditemui di Sungai Melaka Posted: 21 Sep 2011 03:11 AM PDT Mutakhir MELAKA: Mayat seorang lelaki ditemui di Sungai Melaka berhampiran jambatan Kampung Morten, di sini, hari ini.Mayat Soon Fee Lim, 67, dari Bukit Piatu di sini ditemui sepasukan anggota skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, pada jam 12.45 tengah hari ini. "Lelaki itu dikatakan terjatuh ke dalam sungai itu. Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat," kata Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi di sini. Pegawai Bomba Kanan, Razali Che Ari ketika ditemui pemberita di tempat kejadian berkata, seramai 10 anggota bomba bomba dan penyelamat terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat.Operasi mencari dan menyelamat itu menghadapi kesukaran kerana terdapat cerucuk, konkrit dan sampah di dasar sungai itu, katanya. - BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan