Berita Harian: Mutakhir |
| Hudud belum sesuai dilaksanakan: Dr Asri Posted: 20 Sep 2011 02:52 AM PDT Mutakhir KOTA BHARU: Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum itu, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.Katanya, jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini. "Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau ditemui selepas membentangkan kertas kerja di seminar Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Bagaimanapun kata Mohd Asri, apa yang penting dan patut dilaksanakan sekarang ialah usaha memperjuangkan untuk mewujudkan suasana itu, seperti memberi kefahaman kepada rakyat mengenai hukum tersebut dan persediaan sebelum undang-undang berkenaan dapat dilaksanakan. "Keadaan yang ada di negara kita sekarang tidak menunjukkan suasana kondusif untuk melaksanakan hukum hudud, dan dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa," katanya. Dalam kertas kerjanya bertajuk "Hudud suatu Perbincangan: Tanggapan, suasana dan Keberkesanan", Mohd Asri berkata, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam.
Hudud hanyalah mekanisme mengatasi jenayah dan ia dilaksanakan apabila syarat dipenuhi dan suasananya kondusif, katanya. Beliau berkata, kekurangan kegiatan jenayah dalam negara menurut Islam bukan disebabkan hukumannya saja, tetapi keadilan yang merata dan kebajikan rakyat yang dipelihara. - BERNAMA |
| Ankara digegar dengan letupan bom Posted: 20 Sep 2011 02:51 AM PDT Mutakhir ANKARA: Stesen penyiaran Turki menayangkan beberapa kenderaan terbakar akibat terkena ledakan bom di berdekatan ibu negara Ankara, petang ini.Stesen televisyen CNN-Turk memetik pegawai Kementerian Dalam Negeri berkata, letupan itu membabitkan sebuah bas mini di pinggir bandar Daerah Kizilay. Stesen televisyen NTV pula menyebut sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan cedera akibat terkena serpihan letupan. Setakat ini belum jelas punca sebenar kejadian letupan itu manakala pihak berkuasa tidak dapat mengesahkannya lagi. - AP |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan