Jumaat, 8 Jun 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Kabinet cadang BR1M2

Posted: 07 Jun 2012 03:36 PM PDT

MukaDepan

Bantuan dipertimbang jika kerajaan mempunyai lebihan sumber kewangan

KUALA SELANGOR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan kepada Kabinet supaya kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua kepada rakyat.

Beliau berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin. "Saya beritahu Perdana Menteri kalau ada duit lebih sikit, kita buat sekali lagi," katanya ketika berucap pada majlis mesra rakyat sempena sambutan Ulang Tahun Ke-100 Sekolah Kebangsaan Tambak Jawa, di sini semalam. Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan peruntukan RM200,000 bagi projek menambah baik sekolah itu.

Pengagihan BR1M sebelum ini diberikan kepada 4.2 juta isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan membabitkan peruntukan RM2.1 bilion.

Pada sidang media di Gombak kemudian Timbalan Perdana Menteri berkata, BR1M antara inisiatif terbaik kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Sehubungan itu, beliau yakin Perdana Menteri akan mempertimbangkan bagi meneruskan BR1M jika negara mempunyai lebihan sumber kewangan.
Katanya, kerajaan membuat penilaian terhadap inisiatif dan insentif yang diberikan, antaranya BR1M yang memberi kesan positif untuk golongan berpendapatan rendah dan kerajaan sudah membelanjakan lebih RM2 bilion yang memberi manfaat kepada 4.7 juta isi rumah.

"Terserah kepada Perdana Menteri, kalau ada lebihan sumber kewangan, Perdana Menteri akan putuskan. Cuma ia pernah dibangkitkan ramai rakan dalam Kabinet, Ahli Parlimen, wakil rakyat dan pemimpin masyarakat.

"Langkah begini baik untuk atasi masalah kos hidup dan mengurangkan beban rakyat. Ini kita ambil kira dan sampaikan kepada Perdana Menteri," katanya selepas melancarkan projek Perkasa Usaha Untuk Cipta Kejayaan (PUNCAK) peringkat Parlimen Gombak, di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, di sini semalam.

Muhyiddin yakin menerusi program turun padang di seluruh negara, Perdana Menteri mengetahui mengenai keperluan untuk BR1M diberikan sekali lagi kepada rakyat.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

rajeswari

OUR PM AND TPM READLY GOT GOOD HARD. BN ALWAYS HELP ALL.

roslan lan

terima kasih TPM, jasa anda tetap di kenang..

keton

Tak semua lapisan rakyat dapat menikmati BR1M ni. Banyak sangat syarat di letak utk dapatkan bantuan ini. Bila dah hantar borang, jawapannya pasti TIDAK BERJAYA.

jid deen

masa kecil dahulu saya pernah baca nabi saw beli kapak dan beri kpd orang miskin untuk membantu menyelesaikan masalah kemiskinan mereka. itu langkah yang baik untuk menggelakkan salahguna pemberian secara tunai. ikutlah sunnah nabi.

abg long

harap kerajaan dapat mengkaji pendapatan keluarga kurang RM3000 isi rumah dapat dinaikkan. ini kerana kos tanggungan anak dan perbelanjaan yang meningkat. contoh penjagaan anak 2 bln ke atas mencecah RM450. belum kira anak2 pula! ini berlaku apabila kerajaan meluluskan gaji minima RM900 untuk kakitangan swasta dan lain2. harap kerajaan dapat pertimbangan sewajarnya.

Mohd agus bin sulaiman

Tq.cadagan DSM, rakyat menyambut bAik cadangan DS,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan