Rabu, 14 Mac 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


UniMAP, TFI meterai MoU

Posted:

UniMAP, TFI meterai MoU

UniMAP, TFI meterai MoU


TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) bertukar-tukar dokumen dengan Vahabov Alisher Vasikovich selepas menandatangani MoU di Tashkent, Uzbekistan, baru-baru ini. - BERNAMA


TASHKENT 13 Mac - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Tashkent Financial Institute (TFI) telah mewujudkan kerjasama akademik yang secara tidak langsung turut membantu memperkukuhkan hubungan erat antara Malaysia dan Uzbekistan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP, mewakili universiti itu, manakala Rektor TFI, Prof. Dr. Vahabov Alisher Vasikovich bagi pihak institut tersebut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjayakan kerjasama berkenaan.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, kerjasama erat dalam bidang pendidikan antara kedua-dua negara semakin kukuh apabila 700 pelajar Uzbekistan telah melanjutkan pengajian di Malaysia dengan 60 daripada mereka di UniMAP.

Baginda bertitah, MoU ini bukan sahaja meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara, tetapi juga akan menyumbang dan memperkembangkan lagi jalinan rakyat serta hubungan dua hala Malaysia-Uzbekistan.

"Sempena sambutan ulang tahun ke-20 hubungan diplomatik Malaysia dan Uzbekistan pada 21 Februari baru-baru ini, beta berharap generasi muda kedua-dua negara akan berusaha menjalin hubungan ke arah masa depan cemerlang dan kemakmuran," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, Malaysia dan Uzbekistan terus berkongsi nilai-nilai sama yang berasaskan kepada Islam.

"Kita berkongsi banyak kesamaan, maka seharusnya kita berusaha dan bekerjasama untuk mewujudkan hubungan baik di antara kedua-dua pihak, bukan hanya dalam bidang politik, ekonomi, perdagangan, pelaburan, kerjasama sosial tetapi juga dalam bidang pendidikan," titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda bertitah, kedua-dua negara menandatangani MoU dalam bidang pengajian tinggi semasa lawatan rasmi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ke Uzbekistan pada 2008.

Sementara itu, Dr. Vahabov berkata, kerjasamaa dengan UniMAP akan membantu TFI memperkembangkan jalinan kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi di seluruh dunia.

Menurutnya, TFI akan bergerak seiring dengan UniMAP yang kini muncul sebagai antara satu institusi penngajian tinggi aktif di Malaysia.

Pada masa ini katanya, lebih 7,000 pelajar melanjutkan pengajian di TFI dengan warga akademik seramai 500 orang.

Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan mengadakan dialog bersama para pelajar mengenai peluang pengajian di UniMAP.

Turut hadir, Duta Malaysia ke Uzbekistan, Abdul Aziz Harun; Yang Dipertua Persatuan Bahasa Arab Malaysia, Datuk Mahamud Abdul dan pensyarah perubatan Universiti Putra Malaysia, Datuk Dr. Faisal Ibrahim. - BERNAMA

Pelajar UPSI sahut cabaran harungi Sg. Tembeling

Posted:

Pelajar UPSI sahut cabaran harungi Sg. Tembeling

Pelajar UPSI sahut cabaran harungi Sg. Tembeling


Penuntut Fakulti Pendidikan Sains Sukan dan Kejurulatihan, UPSI mendayung 'dangle' berdekatan restoran terapung di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 13 Mac - Seramai 20 penuntut Fakulti Pendidikan Sains Sukan dan Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak mengadakan lawatan ke Taman Negara Kuala Tahan baru-baru ini.

Lawatan itu bertujuan mengadakan latihan kekuatan fizikal dan mental khususnya menajamkan latihan mendayung menggunakan tiub yang perlu diikuti untuk menjadi jurulatih sains sukan.

Pergerakan itu bermula di jeram Kuala Terenggan dengan menyusuri arus Sungai Tembeling sejauh lapan kilometer.

Laluan yang merentasi Jeram Terenggan, Lubuk Katak, Jeram Panjang dan Jeram Dedari cukup mencabar lebih-lebih lagi ketika arus sungai deras pada musim tengkujuh.

Mujur sepanjang laluan yang mengambil masa sejam itu tiada sebarang kejadian buruk berlaku, malah peserta teruja ketika melalui jeram Sungai Tembeling.

Seorang peserta, Jaya Suria Saffar, 40, berkata, latihan itu sedikit berbeza dengan mendayung sampan dan perahu kerana memerlukan kemahiran yang tinggi.

"Tiub lebih ringan dan sukar dikendalikan ketika merentasi jeram berbatu dan arus deras berbanding perahu atau sampan.

"Pengendaliannya juga memerlukan kolaborasi antara rakan-rakan daripada segi kekuatan mendayung dan kebijaksanaan mengemudi," katanya kepada pemberita di Kuala Tahan baru-baru ini.

Katanya, aktiviti itu amat menyeronokkan kerana dapat memerah tenaga apabila dilambung arus dan terlanggar di laluan berbatu.

QUIP turunkan yuran pengajian

Posted:

QUIP turunkan yuran pengajian

QUIP turunkan yuran pengajian

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR khairul.nuar@utusan.com.my

IPOH 13 Mac - Quest International University Perak (QUIP) mengurangkan yuran pengajiannya sehingga 50 peratus mulai tahun ini, sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menjadikan Perak sebagai hab pendidikan di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, langkah itu akan memudahkan rakyat mendapat akses pendidikan di peringkat pengajian tinggi pada kadar yuran yang berpatutan khususnya bagi Ijazah Sarjana Muda.

"QUIP mempunyai kurikulum yang bermutu kerana mereka memfokuskan sasaran mencapai taraf universiti penyelidikan. Mereka juga sedang membuat beberapa cadangan kursus baru termasuk program perubatan dan sains sosial.

"Sehubungan itu, kita mengharapkan lebih ramai pelajar dapat belajar di universiti berkenaan yang turut mendapat sokongan daripada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program bersama pelanggan di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Pada program itu, lebih 150 rakyat Perak terdiri daripada pelbagai kaum hadir bertemu Zambry bagi memohon penyelesaian terhadap permasalahan mereka dalam sesi yang berlangsung lebih empat jam.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Majlis QUIP, Kuna Senathirajah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengurangkan yuran pengajian untuk program Pengajian Perniagaan dan Sains Komputer untuk tahun pengajian ketiga dari RM36,000 kepada RM19,000.

Beliau berkata, para pelajar yang mendaftar untuk kemasukan pada April ini juga akan mendapat sebuah komputer riba percuma sebagai satu bentuk insentif tambahan.

"Bagi Kursus Pengajian Asas dalam Sains dan Perniagaan yang mengambil masa 13 bulan pula, yuran pengajian juga masing-masing telah diturunkan daripada RM3,500 kepada hanya RM2,500," katanya.

Sehubungan itu, katanya, mana-mana pelajar yang berminat untuk mendaftar, boleh menghubungi talian hotline universiti berkenaan di 1-800-88-7487.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan