Rabu, 14 Mac 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Azizan ingin bercuti, tak cadang lantik pemangku MB

Posted: 14 Mar 2012 02:59 AM PDT

Mutakhir

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata jika berpeluang, beliau ingin bercuti namun tidak bercadang untuk melantik pemangku semasa ketiadaannya.

"Cuti bukan payah apa pun, ambil beg beli tiket kapal terbang, pergilah... Cuti ada panjang, ada pendek. Takkan nak pergi tengok cucu baru pun nak suruh orang ambil alih.

"Tak dak pemangku (Menteri Besar), semua teratur, ribut sudah hilang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini. Beliau disoal sama ada akan bercuti dalam tempoh terdekat.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata kerajaan negeri kesal dengan kejadian yang menimpa kanak-kanak berusia 5 tahun, Foong Chun Yuan, yang meninggal dunia selepas terlanggar dinding cermin di Jeti Kuala Kedah pada Jumaat lalu.

Beliau berharap pihak berkenaan akan mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselamatan pelancong serta orang ramai.

"Apatah lagi kita menuju ke arah negeri pelancongan terunggul, kita bersimpati dengan keluarga mangsa," katanya.
Foong, yang ingin bercuti di Pulau Langkawi bersama keluarganya, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Isnin lalu selepas tidak sedarkan diri sejak kejadian itu berlaku. - BERNAMA

PERKESO kaji keperluan perlindungan bagi pemandu teksi

Posted: 14 Mar 2012 02:54 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sedang membuat kajian terhadap pemandu teksi yang bekerja sendiri di kawasan Lembah Klang bagi melihat keperluan perlindungan keselamatan sosial untuk pemandu terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan