Ahad, 4 Mac 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


10,000 RMR1M dibina tahun ini

Posted:

10,000 RMR1M dibina tahun ini

10,000 RMR1M dibina tahun ini

Oleh ANI AWANG
utusanpenang@utusan.com.my

BUKIT MERTAJAM 3 Mac - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina sebanyak 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di seluruh negara pada tahun ini.

Pemangku Pengurus Besar Kanan, Ketua Jabatan Perumahan Awam SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali berkata, rumah tiga bilik itu akan dibina dengan keluasan 1,000 kaki persegi berbanding 800 kaki persegi sebelum ini.

"Rumah yang dibina itu akan menggunakan teknologi Sistem Binaan Industri (IBS) bagi memenuhi keperluan rakyat dan pemohon RMR1M boleh menyemak permohonan mereka melalui online SPNB atau di pejabat wakil rakyat bagi kemudahan mereka.

"Kerajaan juga telah menaikkan had kelayakan bagi pemohon RMR1M daripada RM1,500 kepada RM3,000 sebulan," katanya ketika melawat Rumah Mesra Rakyat di Kampung Permatang Tok Subuh, Bukit Minyak dekat sini baru-baru ini.

Projek pembinaan rumah bagi program penempatan semula penduduk setinggan di sini oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) melibatkan kawasan seluas 0.96 hektar dengan SPNB membina 13 buah rumah sejak 3 November lalu dan siap awal bulan ini.

Sementara itu, Pengerusi Perda, Datuk Azhar Ibrahim berkata, kerajaan telah membayar pampasan berjumlah RM4 juta untuk pengambilan balik tanah seluas 9.7 hektar bagi projek penempatan semula kampung berkenaan pada 1995.

Menurutnya, sebanyak 33 lot tapak rumah telah disediakan bagi kawasan 0.96 hektar dengan kos berjumlah RM2 juta pada 2008.

"SPNB telah membina 13 buah rumah di sini manakala tiga lagi dibina oleh penduduk berkenaan," katanya.

TNB bantu baiki empat rumah daif

Posted:

TNB bantu baiki empat rumah daif

TNB bantu baiki empat rumah daif


Che Khalib Mohamad Noh (dua dari kanan) menyampaikan kunci rumah kepada Zulfikri Safiin sambil diperhatikan oleh Nolee Ashilin Mohamed Radzi (kanan) pada majlis pelancaran Projek Baiti Jannati bagi tahun 2012 di Tualang Sekah, Kampar, Perak, kelmarin.


KAMPAR 3 Mac - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan RM80,000 melalui pelaksanaan Projek Baiti Jannati bagi membaiki empat buah rumah keluarga miskin di negeri ini, tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, selain membina dan membaiki rumah terbabit, pihaknya turut menyumbang kelengkapan serta perabot bernilai hampir RM10,000 untuk setiap keluarga berkenaan.

Katanya, bantuan tersebut merupakan satu daripda program kemasyarakatan TNB dalam usaha membantu membaiki rumah orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin di kawasan luar bandar.

"Setakat ini, TNB telah melaksanakan Projek Baiti Jannati yang melibatkan pembinaan 107 buah rumah di seluruh Semenanjung.

"Di Perak, sebanyak 20 buah rumah terlibat dengan projek ini sejak ia diperkenalkan pada 2007," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Baiti Jannati TNB peringkat negeri Perak di Tualang Sekah, di sini semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Datuk Mohamed Radzi.

Menurut Che Khalib, program pertama tahun ini akan dimulakan di Tualang Sekah diikuti tiga buah rumah di Kampung Pulau Tiga, Tapah; Kampung Kuala Kenering, Lenggong dan Kampung Permatang, Seri Manjung.

"Selain membaiki rumah penerima, TNB dan persatuan pekerja turut memberi sumbangan lain seperti barangan makanan dan kelengkapan rumah menerusi Tabung Projek Baiti Jannati TNB.

"Tabung ini ditubuhkan bagi mendapatkan sumbangan daripada warga kerja TNB bagi memberikan keselesaan kediaman kepada golongan yang memerlukan," kata beliau lagi.

Pelan pembangunan 4P mampu majukan daerah Tapah

Posted:

Pelan pembangunan 4P mampu majukan daerah Tapah

Pelan pembangunan 4P mampu majukan daerah Tapah

TAPAH 3 Mac - Kawasan Parlimen Tapah akan dimajukan menggunakan pelan pembangunan khas berkonsepkan 4P iaitu pendidikan, pekerjaan, perniagaan dan perumahan dalam masa terdekat.

Ahli Parlimennya, Datuk M. Saravanan berkata, pembangunan dalam empat bidang itu cukup penting bagi membolehkan Tapah mencapai tahap pembangunan yang setaraf dengan kawasan sekitarnya seperti Tanjung Malim dan Bidor.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar berkata, pelan itu dijangka mampu membawa Tapah mencapai tahap pembangunan setanding dengan daerah lain.

"Saya akan panggil pakar perancang bandar dalam masa terdekat bagi membincang dan merangka pelan pembangunan khas untuk memajukan Tapah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Netbook 1Malaysia kepada lebih 900 pelajar dari empat sekolah menengah bagi Parlimen Tapah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Tapah, di sini hari ini.

Sehingga kini, hampir 90 peratus iaitu 6,500 daripada keseluruhan 6,537 pelajar sekolah menengah di Parlimen itu telah menerima Netbook 1Malaysia.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, pembangunan Tapah yang agak kebelakang berbanding daerah lain telah membuatkan hampir 10,000 penduduk kawasan itu berhijrah ke bandar seperti di Ipoh dan Kuala Lumpur.

"Kita tiada kolej komuniti, institut latihan belia, pusat tuisyen dan kawasan industri kecil dan sederhana (IKS) walaupun mempunyai tanah yang begitu luas.

"Ketika orang sibuk bercerita tentang gaji minimum, di Tapah masih ada yang bergaji RM200 dan RM300 sebulan dan ada ibu bapa yang anak mereka bekerja di bandar, masih bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan