Ahad, 4 Mac 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Keluaran makanan dipertingkat

Posted:

Keluaran makanan dipertingkat

Keluaran makanan dipertingkat

Oleh Farabi Sheikh Said al Jabri
utusanN9@utusan.com.my

REMBAU 3 Mac - Kerajaan negeri akan terus memberi penekanan khusus terhadap aspek keselamatan makanan supaya sumber makanan tempatan dapat terus dipertingkatkan bagi menampung keperluan penduduk yang kini mencecah sejuta orang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi memastikan langkah yang diambil dapat memberi manfaat kepada masyarakat di negeri ini.

Malah katanya, ia sekali gus dapat mengurangkan kadar kebergantungan makanan yang selama ini hanya diperoleh hasil daripada bekalan import dari negara lain.

"Apa yang kita lihat harga bekalan makanan seperti sayur dan daging lebih mahal di sini jika dibandingkan dengan harga pasaran di Kuala Lumpur.

"Perkara ini sudah pasti akan membebankan orang ramai yang terpaksa membayar lebih untuk mendapatkannya.

"Sebab itu, kerajaan negeri menetapkan dasar untuk mewujudkan Ladang Rakyat yang akan membolehkan kita menghasilkan sumber makanan sendiri demi memenuhi permintaan rakyat di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Karnival Paroi 1 Malaysia 2012 di Taman Tuanku Jaafar di sini semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat.

Jelas Mohamad, antara langkah yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri termasuk mewujudkan lembah daging, ladang satelit, ladang rakyat dan pelbagai pertanian serta perikanan.

Malah katanya, hasil padi di negeri ini akan terus dipertingkatkan daripada 20 peratus kepada 40 peratus pada tahun ini.

"Apa yang kita mahu ialah penghasilannya ditambah untuk satu jumlah yang mampu menampung keperluan rakyat supaya produk makanan tidak perlu diimport lagi.

"Ini sekali gus akan mengurangkan kos berganda dalam pengimportan makanan dan akan mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

"Ini kerana kerajaan negeri tidak mahu terlalu ghairah membangunkan sektor infrastruktur tetapi melupakan perihal makanan untuk rakyat," kata beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan