Rabu, 14 Mac 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


KISTAA lebar sayap operasi

Posted:

KISTAA lebar sayap operasi

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my


Kumpulan pelatih Akademi Penerbangan KIST bersama pesawat di lokasi latihan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 13 Mac - Akademi Penerbangan KIST (KISTAA) yang menawarkan latihan bagi melahirkan juruterbang pesawat komersial akan melakukan pengambilan terbaharu 2012 mulai April ini.

Tahun ini KISTAA turut menyasarkan pengambilan pelajar dari luar negara bagi melebarkan sayap operasinya dengan mengorak langkah mengadakan perbincangan dengan pihak tertentu di Arab Saudi, Nigeria dan Korea Selatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zaidi Yusof memberitahu, tumpuan juga ke arah membolehkan pengambilan pelajar perintis dari Indonesia, Brunei, Iran, Pakistan dan Algeria.

''Sehubungan itu, kami dalam proses pelantikan ejen-ejen pemasaran di negara berkenaan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Desasiswa Aman Damai johan debat USM

Posted:

Desasiswa Aman Damai johan debat USM

KOTA BHARU 13 Mac - Pasukan debat dari Desasiswa Aman Damai Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang memenangi pertandingan akhir Debat Piala Naib Canselor 2011/2012 anjuran Desasiswa Murni dan Majlis Penggawa USM.

Majlis berkenaan berlangsung di Dewan Siswa, Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian di sini kelmarin.

Pasukan yang diketuai Affiqka Humaira Abdullah, 22, bersama Atiqah Hani Yaacob, 22; Siti Nur Atiqah Zulkifli, 21, serta dua pendebat simpanan, Leow Cun Kang, 23 dan Nurfarhana Saharudin, 22, menerima hadiah piala pusingan dan wang RM900 yang disampaikan Naib canselor USM, Prof. Datuk Omar Osman.

Pada pertandingan akhir debat ala Parlimen dengan usul Politik Siswa Cerminan Keintelektualan, mereka selaku 'pembangkang' mengalahkan pasukan 'kerajaan' dari Desasiswa Nurani, Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

RM31j bantu anak veteran ATM

Posted:

RM31j bantu anak veteran ATM

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 13 Mac - Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperuntukkan kira-kira RM31.32 juta bagi membantu kemasukan anak-anak veteran ATM ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) sepanjang tempoh 2002 hingga 2011 .

Timbalan Ketua Pengarahnya, Mohd. Fauzi Ishak berkata, seramai 33,855 anak-anak veteran ATM menerima bantuan daripada peruntukkan itu.

"Menerusi bantuan itu, mereka yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah akan menerima bantuan RM1,500 manakala di peringkat diploma pula RM1,000.

"Bantuan ini adalah salah satu usaha kerajaan melalui JHEV bagi memastikan masa depan anak-anak veteran terbela terutama dalam bidang pendidikan," katanya semasa ditemui selepas majlis penyampaian bantuan kebajikan bencana alam kepada veteran ATM, Othman Abdullah di sini semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan