Rabu, 14 Mac 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Pembunuh Nurul dikenal pasti

Posted:

Pembunuh Nurul dikenal pasti

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (kiri) mengucapkan takziah kepada Roselyn Alan, ibu kepada kanak-kanak dibunuh kejam Nurul Nadirah Abdullah di rumahnya di Masai, Johor Bahru, Johor, semalam. - utusan/Nasirruddin Yazid


JOHOR BAHRU 13 Mac - Sambil menyifatkan pelaku jenayah yang membunuh Nurul Nadirah Abdullah (gambar) sebagai berhati binatang, polis hari ini bertekad untuk memastikan mereka yang melakukan perbuatan itu diseret ke muka pengadilan dalam tempoh terdekat.

Ini kerana polis telah mengenal pasti penjenayah yang terlibat dalam pembunuhan kejam kanak-kanak berusia lima tahun itu dan akan segera menyiapkan kertas siasatan kes berkenaan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan tindakan suspek yang tidak berhati perut dan akan memastikan mereka yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

BN Selangor dedah bukti

Posted:

BN Selangor dedah bukti

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 13 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa meminta bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang ada kaitan dengan Yahudi untuk memenangi pilihan raya di negara ini.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (gambar) berkata, bukti-bukti yang sebahagiannya diterima daripada sumber dalaman PKR itu menunjukkan parti tersebut menjalin kerjasama dengan Konrad Adeneur Foundation (KAF).

Beliau berkata, KAF merupakan sebuah pertubuhan yang membantu golongan neo-konservatif Yahudi melalui sebuah jawatankuasa yang dikenali American Jewish Committee (AJC) dan dipercayai menerima dana daripada National Endownment for Democracy (NED) yang juga didakwa turut mempunyai pertalian dengan Anwar.

''Bukti yang ada menunjukkan Penasihat parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar sememangnya menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan luar, selain menerima dana serta latihan bagi membolehkan mereka menguasai negara ini,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

PM nafi tidak bincang SBPA

Posted:

PM nafi tidak bincang SBPA


NAJIB Tun Razak mendengar penerangan daripada pelajar Aizul Amin Saifol Mazlin (kanan) mengenai program i-Think sambil diperhatikan oleh Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Program i-Think di Dewan Banquet, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ABDUL NAZIR MOHAMED


KUALA LUMPUR 13 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan bahawa kerajaan tidak pernah memanggil Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk berbincang bagi merangka skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, dalam proses merangka skim itu, kerajaan telah mengadakan forum perbincangan bersama kongres itu dan wakil-wakil persatuan melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan