Rabu, 14 Mac 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Motif dendam

Posted: 13 Mar 2012 12:04 PM PDT

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, setakat ini, empat suspek termasuk tiga ditahan beberapa jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat neneknya pada 1 Mac lalu.


Katanya, suspek keempat yang juga bapa Dirang ditahan beberapa hari lalu.

"Bantuan segera daripada masyarakat membolehkan polis menangkap tiga suspek beberapa jam selepas laporan kehilangan Dirang dibuat. Suspek keempat ditahan beberapa hari kemudian. Dengan empat penangkapan ini, kami percaya polis berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan kes ini.


"Kami menyiasat dari semua sudut untuk memastikan motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kanak-kanak ini dapat dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan yang dibuat dalam facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.


Katanya, polis juga ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang membantu polis dalam kes ini, terutama dalam memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek dan penemuan mayat.

"Sekali lagi pihak polis mengingatkan ibu bapa untuk mengawasi anak mereka terutama yang masih kecil pada setiap masa dan tidak meninggalkan mereka tanpa pengawasan," katanya.



Terpelanting, putus kaki

Posted: 13 Mar 2012 11:48 AM PDT

PENAMPANG: Seorang ibu yang baru membeli makanan di restoran untuk anaknya di rumah, parah termasuk putus kaki kiri apabila dirempuh sebuah motosikal dalam kemalangan berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Putatan, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam, mangsa, Faridah Mohd Taib, 56, parah dirempuh motosikal ditunggangi seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Mohd Saiful, 24, yang turut patah kaki kiri dan kedua-dua mereka mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth II (HQEII), Kota Kinabalu.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa melintas jalan untuk perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Ulu Putatan sebelum motosikal ditunggang Mohd Saiful gagal mengelak lalu merempuh mangsa.

Akibat rempuhan itu, kedua-dua mereka terpelanting dan mengalami cedera parah.


Menurut seorang rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Aida, 34, sebelum kejadian dia bertemu Faridah ketika menjamu selera di restoran berhampiran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan