Selasa, 13 Mac 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


AZ Global kian melonjak

Posted:

AZ Global kian melonjak

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my


JAMIL Salleh (tengah) mendengar penjelasan daripada Aliza Aksah (kiri) mengenai kualiti produk AZ Global di Kampung Pachakan, Pasir Puteh, baru-baru ini.


PASIR PUTEH 12 Mac - Penerima Anugerah Wira Tani Kebangsaan 2009, Aliza Aksah, 42, sentiasa cekal meneruskan perjuangannya dalam dunia perniagaan berasaskan industri pertanian.

Produk yang dihasilkan oleh usahawan jaya ini adalah berasaskan pertanian dan hasil tangkapan laut untuk dikongsikan bersama penduduk setempat.

Kejayaan yang dinikmati oleh Aliza tidak datang bergolek kerana ia dimulakan dengan usaha, kegigihan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran termasuk risiko kerugian.

Namun, perjuangan ikhlas lazimnya mendapat berkat dan balasan ganjaran yang setimpal.

Bermula sejak 13 tahun lalu, Aliza bersama isterinya, Liza Ismail, 42, hanya mengusahakan kerja pemprosesan keropok kering dan keropok lekor di belakang rumah mereka di Kampung Pachakan dekat sini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Api misteri muncul semula

Posted:

Api misteri muncul semula

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 12 Mac - Sebuah keluarga di Kampung Penambang Bunga Emas di sini kembali dihantui dengan serangan api misteri selepas setahun kejadian aneh itu berhenti.

Api misteri tersebut muncul di rumah Zainab Sulaiman, 73, sejak pukul 4.30 petang Jumaat lalu dan telah memusnahkan semua pakaian dalam sebuah almari dalam bilik di rumahnya.

Malah wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia turut menyaksikan sendiri api misteri itu muncul tiba-tiba dan menyambar sehelai kain tudung di rumah berkenaan kira-kira pukul 1.45 petang hari ini.

Menurut Zainab, kejadian Jumaat lalu itu disedari oleh cucunya, Wan Mohd. Faiz, 16, yang terhidu bau hangit sebelum mendapati sebuah almari yang terletak di dalam bilik rumahnya terbakar.

Katanya, api itu memusnahkan almari serta sebahagian dinding bilik tersebut sehingga menyebabkan dia dan menantunya, Rafeah Zakaria, 38, serta dua lagi cucunya, Wan Nurfatihah dan Wan Nurfatini panik.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Sukan lasak DR masuk kalendar pelancongan

Posted:

Sukan lasak DR masuk kalendar pelancongan

MARANG 12 Mac - Kejohanan Drive Ride (DR) 4x4 Ranggok Antarabangsa yang berlangsung di sini akan disenarai dalam kalendar pelancongan bagi meningkatkan daya tarikan negeri ini sebagai destinasi sukan ekstrem.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, ia bakal dijadikan acara tahunan berasaskan sambutan di luar dugaan dengan penglibatan 1,250 peserta dari dalam dan luar negara.

Katanya, kejohanan itu memperlihatkan potensi sukan tersebut yang cukup besar dan litar sukan lasak Gong Cempedak seluas 60 hektar menjanjikan pengalaman yang mencabar.

Sehubungan itu, bagi menaik taraf kejohanan tersebut, beliau mempelawa Kelab 4x4 Ranggok Marang selaku penganjur mengadakan perbincangan lanjut bersama kerajaan negeri dan agensi berkaitan.

"Kita akan mengambil kira pelbagai aspek seperti prasarana penganjuran yang meliputi saiz litar agar diiktiraf di peringkat antarabangsa, mutu pengadilan serta kemudahan tambahan termasuklah tempat duduk penonton dan ruang meletak kenderaan," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan