Ahad, 11 Mac 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Zulhamka wira kecil Kelantan

Posted:

Zulhamka wira kecil Kelantan

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


Ibrahim Ali (dua dari kiri) memangku Zulhamka Eqbal Zakaria sambil diperhatikan oleh ibu dan adik-beradik kanak-kanak itu selepas majlis doa selamat di Kampung Lekor, Pasir Mas, Kelantan, kelmarin. - MINGGUAN/ROSNI MASRI


PASIR MAS 10 Mac - Seorang kanak-kanak, Zuhamka Eqbal Zakaria, 9, diangkat sebagai wira kecil Kelantan selepas tindakan pantas mengheret tiga adiknya yang berumur 7, 2, dan setahun keluar dari rumah Selasa lalu berjaya menyelamatkan semuanya daripada rentung dalam kebakaran rumah mereka.

Dalam satu majlis kenduri kesyukuran di Kampung Lekor, di sini semalam yang turut dihadiri Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, kanak-kanak itu turut menerima sijil penghargaan daripada pemimpin itu selain wang tunai.

Tindakan pantas dan berani Zuhamka menyelamatkan tiga adiknya layak diberi pujian kerana meskipun usianya masih terlalu muda namun mampu bertindak pantas sebagai penyelamat ketika ibu bapanya tiada di rumah ketika kejadian.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

370 peneroka sertai projek agropolitan Kesedar

Posted:

370 peneroka sertai projek agropolitan Kesedar

KUALA KRAI 10 Mac - Seramai 370 peneroka baru dari kawasan di selatan Kelantan akan mengikuti projek agropolitan di bawah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman berkata, peneroka terbabit dipilih melalui sesi temuduga yang diadakan di sini baru-baru ini.

Katanya, setiap peserta akan diberi sebuah rumah dan ladang seluas empat hektar untuk diusahakan dan buat sementara waktu, mereka akan dibayar gaji dengan pendapatan tidak kurang daripada RM1,000 sebulan.

"Projek ini membabitkan kawasan seluas 2,213 hektar untuk tanaman sawit dan kira-kira 80 hektar untuk tanaman koko," katanya selepas majlis penyerahan cek RM600,000 untuk projek membaiki Masjid Kampung Manek Urai Baru di sini semalam.

Ramzi berkata, para peneroka terbabit dipilih daripada kalangan penduduk miskin di kawasan selatan Kelantan.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

MAIDAM bantu bina rumah untuk keluarga kembar siam

Posted:

MAIDAM bantu bina rumah untuk keluarga kembar siam

KEMAMAN 10 Mac – Setelah lima bulan di hospital, kembar siam Nur Shazwanie Zulkifli dan Nur Shazrinie dibenarkan pulang pada 27 Februari lalu.

Bagaimanapun, bayi comel itu terpaksa menumpang di kediaman ibu saudara mereka di Bukit Kuang di sini memandangkan keadaan rumah tersebut menepati kriteria yang ditetapkan hospital bagi menjamin tahap kesihatan mereka.

Bapa kembar tersebut, Zulkifli Ngah, 42, berkata, mereka perlu akur dengan kehendak dan syarat hospital kerana kembar itu masih bergantung kepada mesin dan tangki oksigen untuk bantuan pernafasan.

Katanya, mereka masih belum begitu aktif dan pihak Hospital Kemaman kini memantau perkembangan semasa.

Zulkifli berkata, mereka sekeluarga tidak akan tinggal lama di rumah kakaknya itu memandangkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu memberi jaminan menyediakan sebuah rumah berdekatan rumah ibunya di Kampung Bukit Kuang.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan