Ahad, 11 Mac 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Bekas askar terima imbuhan khas

Posted:

Bekas askar terima imbuhan khas

Bekas askar terima imbuhan khas

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my


Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan Pingat Jasa Malaysia yang diterima oleh bekas Rejimen Askar Melayu Diraja, Ujang Morbin sambil diperhatikan oleh Datuk Zulkiflee Mazlan (kanan) di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 10 Mac – Kira-kira 62,000 sehingga 80,000 bekas pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen dijangka menerima imbuhan khas dalam masa terdekat bagi menjamin kebajikan mereka.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemberian imbuhan khas tersebut adalah lanjutan daripada keluhan golongan tersebut yang menghubunginya bagi mengutarakan pelbagai masalah dihadapi.

Katanya, ia termasuk para veteran ATM berkhidmat di bawah pentadbiran British di Tanah Melayu dahulu.

''Perkara ini sedang dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, malah saya akan jumpa beliau hari ini.

"Walaupun perkhidmatan mereka agak singkat berbanding yang berpencen, kumpulan ini meminta agar Kementerian Pertahanan dapat memperjuangkan nasib mereka dan diberi sedikit imbuhan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan pingat Jasa Malaysia kepada 50 bekas anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan merasmikan penubuhan Persatuan Bekas Warga 1RAMD, di sini hari ini.

Hadiri sama Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan.

Difahamkan, sekitar 62,000 hingga 80,000 bekas warga ATM tidak layak mendapat pencen kerana berkhidmat kurang daripada 21 tahun, berbanding 100,300 veteran yang berpencen.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan semua pihak termasuk parti politik supaya tidak mempersoalkan pembelian kenderaan pacuan empat roda untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia bagi menggantikan kenderaan sama berusia kira-kira 20 tahun dalam perkhidmatan itu.

64 bekas polis zaman darurat, balu terima RM3,000

Posted:

64 bekas polis zaman darurat, balu terima RM3,000

64 bekas polis zaman darurat, balu terima RM3,000

SHAH ALAM 10 Mac – Seramai 64 orang termasuk bekas polis zaman darurat dan balu mereka yang menetap di negeri ini hari ini menerima sumbangan sagu hati khas kerajaan dalam satu majlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini.

Sumbangan berbentuk cek bernilai RM3,000 setiap seorang itu disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Ismail berkata, kesemua penerima hari ini merupakan sebahagian daripada 70,000 bekas polis zaman darurat yang layak menerima sumbangan sagu hati hasil keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengenal pasti bekas-bekas polis yang pernah berkhidmat pada ketika itu, tetapi masih belum menerima sagu hati tersebut.

"Kita sedang mengesan mereka dan berusaha untuk menyerahkan sumbangan itu sebelum sambutan Hari Polis Ke-205 pada 25 Mac ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu hari ini.

Menurut Ismail, majlis seperti ini akan diteruskan di negeri-negeri lain agar sumbangan itu dapat segera diagihkan dan dapat meringankan beban penerimanya.

"Kita amat berterima kasih kepada kerajaan kerana menghargai jasa kesemua bekas polis yang berjuang semasa zaman darurat," katanya.

Salah seorang penerima sumbangan, Torji Suat, 86, berkata, beliau terharu kerana kerajaan masih menghargai pengorbanannya pernah bertugas sebagai Special Constable (SC) di Permatang Estet, Banting pada 1948 hingga 1953.

Baginya yang pernah diserang hendap komunis ketika mengiringi rombongan pekerja dari Klang ke Banting dan berjaya menumpaskan beberapa anggota komunis, penghargaan itu menunjukkan pejuang kecil sepertinya tidak pernah dilupakan.

"Saya bersyukur dan terharu. Semoga apa yang dilakukan kerajaan ini akan mendapat balasan baik," katanya yang pernah menerima pingat daripada kerajaan British atas keberaniannya bertempur dengan komunis semasa bertugas sebagai SC.

Torji yang kini berkerusi roda menetap bersama anak-anaknya di Kuala Langat.

Seorang lagi penerima, Dahali Zakaria, 75, berharap tiada pihak yang memperlekehkan tugas dan pengorbanan polis zaman darurat sepertinya.

Fasha-Jejai bernikah 29 April ini?

Posted:

Fasha-Jejai bernikah 29 April ini?

Fasha-Jejai bernikah 29 April ini?

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

PETALING JAYA 10 Mac - Pengumuman Fasha Sanda mengenai lokasi majlis pernikahannya April ini menamatkan spekulasi kononnya dia sudah bernikah secara rahsia dengan kekasihnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Pelakon popular itu telah menunaikan janji untuk tidak merahsiakan detik bersejarah dirinya daripada pengetahuan pihak media.

"Kami sudah buat keputusan untuk bernikah pada hujung April ini, semoga ia keputusan terbaik dan saya berharap semua pihak mendoakan kebahagiaan kami," kata Fasha kepada pemberita selepas majlis pelancaran wajah baru Wanita Inspirasiku di Sunway Giza, Kota Damansara, di sini, hari ini.

Majlis akad nikah akan berlangsung di kediaman Fasha di Ampang, Selangor yang merupakan hadiah daripada Jejai kepada pelakon itu.

Walaupun tidak memberitahu tarikh sebenar pernikahan mereka, Mingguan Malaysia difahamkan pasangan itu memilih 29 April, sehari selepas ulang tahun ke-28 Fasha.

Menurut Fasha, mereka tidak mengadakan majlis pernikahan secara gilang-gemilang walaupun banyak pihak berminat memberi tajaan.

"Kami memilih mengadakan majlis pernikahan secara sederhana atas kehendak bakal suami. Saya dan keluarga menghormati kehendaknya," kata Fasha lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan