Ahad, 11 Mac 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Perangai hantu

Posted: 10 Mar 2012 01:34 PM PST

KUALA LUMPUR: Sungguh membimbangkan apabila penagihan syabu bukan saja menular di kalangan pelajar seawal usia 13 tahun, malah ada budak semuda 10 tahun dijadikan 'keldai dadah' oleh sindiket bagi mengaburi pihak berkuasa.

Selain menjejaskan pembelajaran dan memudaratkan kesihatan mental serta fizikal, penyalahgunaan syabu yang juga dikenali sebagai 'ice' dan 'batu' di kalangan pelajar boleh menjerumuskan mereka ke kancah jenayah.

Buktinya, ada yang 'berperangai hantu' apabila berani mencabul rakan sekelas, bergaduh dengan guru dan mencuri duit ibu bapa.

Bagi pengedar cilik pula, kemiskinan hidup menjadi alasan mereka mudah terjebak dengan pujuk rayu sindiket dadah biarpun upah diterima tidak seberapa.


Berikut pengakuan beberapa pelajar dan individu yang sukar melupakan ketagihan selepas terjerat dengan bahan terlarang itu sejak di bangku sekolah, selain kisah keberanian pengedar kanak-kanak di Sabah demi sesuap nasi.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Sempat ajar mengucap

Posted: 10 Mar 2012 01:34 PM PST

KOTA BHARU: Pilu hati seorang ibu apabila melihat anak lelaki sulungnya tersepit di dalam kereta dan sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum meninggal dunia dalam kemalangan di simpang tiga Kampung Chekok, Jalan Panji, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi, Wan Ruzaiaziree Wan Sazuki, 23, yang juga mekanik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Wira dipandu rakannya dikenali sebagai Manan, 23, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan jenis Toyota Harrier.


Rakan mangsa hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan.

Pemandu Toyota Harrier hanya cedera ringan.


Ibu mangsa, Wan Jah Wan Hassan, 48, berkata, dia yang tidur di rumahnya di Taman Sri Setia, Padang Tembak, dekat sini, dikejutkan oleh ketukan pintu rakan anaknya yang datang memaklumkan anaknya terbabit dalam kemalangan, satu kilometer dari rumahnya.


Katanya, dia bersama suami, Wan Sazuki Wan Yusof, 45, bergegas ke tempat kejadian dan mendapati anaknya dalam keadaan separuh sedar dan tersepit di bahagian depan kereta yang remuk.

"Saya menunggu anggota bomba mengeluarkan anak saya yang tersepit dan selepas dikeluarkan, saya menghampirinya yang kelihatan semakin lemah malah sempat mengajarnya mengucap sebelum dia meninggal dunia.


"Sebelum kejadian, anak saya keluar rumah membaiki kereta jam 1 pagi dan selepas selesai melakukan kerja, dia bersama rakan pergi ke rumah datuknya di Kampung Pantai Cahaya Bulan untuk mengambil alat ganti kenderaan, tetapi ketika dalam perjalanan pulang, dia terbabit kemalangan," katanya.

Menurut Wan Jah, sebelum kejadian, anaknya tidak menunjukkan perubahan dan sentiasa ceria.


Katanya, dia reda dengan apa yang berlaku kerana ia ketentuan Allah.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan