Sabtu, 10 Mac 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Pemimpin Pas diselar

Posted:

Pemimpin Pas diselar

Oleh TOREK SULONG
pengarang@utusan.com.my


AWANG Adek Hussin (tiga dari kanan) bersama Mohd. Zain Yassin (empat dari kanan) selepas melancarkan lagu tema kempen politik Acu Tera Sepenggal DUN Tawang di Bachok, semalam.


BACHOK 9 Mac - Beberapa pemimpin Pas di negeri ini diselar kerana menyamakan rakyat yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai 'ibu bapa kambing' melalui siri ceramah yang diadakan di seluruh negeri.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, kenyataan yang menyamakan rakyat sebagai haiwan itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut para pemimpin Pas yang selama ini mendakwa memperjuangkan Islam.

Lebih-lebih lagi katanya, ada pemimpin yang cuba meracuni fikiran rakyat dengan mendakwa wang BR1M sebanyak RM500 yang diterima adalah haram kerana diperoleh daripada sumber yang salah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Impian penduduk miliki geran tanah tercapai

Posted:

Impian penduduk miliki geran tanah tercapai

SETIU 9 Mac - Impian 70 penduduk Kampung Banggol dekat sini untuk memiliki geran tanah pertanian yang diusahakan kira-kira 25 tahun lalu akhirnya tercapai semalam.

Penyerahan geran lot milik tanah masing-masing disampaikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafiee di Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Banggol dekat sini.

Setiap lot seluas 0.4 hektar yang diusahakan di bawah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Padang Lalang kini ditanam kelapa dan buah-buahan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Banggol, Mat Saufi Deraman memberitahu, pengagihan geran RTB oleh Pejabat Tanah Daerah Setiu menandakan keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan rakyat.

"Hari ini dengan penyerahan geran, kami mengucapkan syukur dan berterima kasih kerana impian kami untuk memiliki tanah itu sejak 1987 tercapai.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

PIBG perlu prihatin masalah pelajar

Posted:

PIBG perlu prihatin masalah pelajar

KUALA TERENGANU 9 Mac - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu prihatin terhadap isu-isu disiplin dalam kalangan pelajar dengan bersama-sama membantu pihak sekolah menanganinya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, mereka tidak harus menyerahkan kepada pihak sekolah semata-mata bagi memikul tanggungjawab itu

Katanya, ia akan lebih memberi kesan jika langkah proaktif secara bersepadu oleh PIBG bersama ibu bapa pelajar diambil bagi memudahkan pihak sekolah menyelesaikan masalah-masalah berbangkit.

"Ibu bapa perlu memantau pergerakan anak selepas pulang ke sekolah manakala guru pula memerhatikan tingkah laku pelajar di sekolah bagi mengesan kesalahan yang dilakukan oleh mereka di peringkat awal.

"Tiada guna jika hanya pihak sekolah sahaja yang berusaha untuk menyelesaikan masalah disiplin jika tidak mendapat sokongan ibu bapa yang merupakan individu yang paling dekat dengan mereka," ujarnya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan