Sabtu, 10 Mac 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Ibu negara sesak luar biasa

Posted:

Ibu negara sesak luar biasa

Oleh ILLAH HAFIZ ABDUL AZIZ
pengarang@utusan.com.my


KEADAAN Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban arah masuk ke pusat bandar raya, berdekatan Desa Petaling sesak teruk akibat penutupan terowong SMART dan Jalan Tun Razak yang terpaksa dilencongkan setelah sebuah lori rosak di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, semalam. Gambar dirakamkan pada pukul 10.00 pagi.


KUALA LUMPUR 9 Mac – Kesesakan lalu lintas yang luar biasa berlaku lagi di ibu negara, dua hari berturut-turut.

Hari ini, ribuan kenderaan yang dalam perjalanan ke tempat kerja terpaksa menempuh kesesakan teruk selama berjam-jam untuk masuk ke pusat bandar dan ini kali kedua berlaku sejak semalam.

Jika semalam, hujan lebat dan penutupan Lebuh Raya SMART dikatakan punca kesesakan tersebut. Hari ini pula, sebuah treler yang `tersadai' akibat tayar pecah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Tun Razak pula menjadi puncanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

RM6b biayai pelarasan gaji

Posted:

RM6b biayai pelarasan gaji

Oleh LUQMAN HAZIQ
dan AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak diberi penerangan oleh Ismail Ibrahim mengenai pembangunan moden di bandar raya Johor Bahru sambil diperhatikan oleh Abdul Ghani Othman dan Idris Jala pada pelancaran Program Transformasi Koridor dan Bandaraya Iskandar Malaysia di Persada, Johor Bahru, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 9 Mac – Kerajaan memperuntukkan lebih RM6 bilion bagi membiayai kos pelarasan gaji kira-kira 1.4 juta penjawat awam antara tujuh hingga 13 peratus seperti yang diumumkan semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peruntukan tambahan itu termasuk membayar Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) yang turut dinaikkan dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM).

"Kita terpaksa sediakan peruntukan tambahan sedikit sebab kita pentingkan golongan penjawat awam yang dikatakan sebagai kategori pelaksana dan dahulunya dipanggil kumpulan sokongan serta mempunyai keanggotaan besar.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

59 projek mampu tarik RM139.3 bilion

Posted:

59 projek mampu tarik RM139.3 bilion

JOHOR BAHRU 9 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelaksanaan 59 projek di bawah Program Transformasi Koridor dan Bandaraya Iskandar Malaysia yang dijangka mampu menarik pelaburan berjumlah RM139.3 bilion.

Perdana Menteri berkata, dengan pelaksanaan program yang bermula tahun ini hingga 2020, projek berkenaan mampu menyediakan 68,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor dan menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) mencecah RM25.57 bilion.

Menurutnya, 59 projek tersebut terdiri daripada 27 projek permulaan (EPP) di peringkat negeri dan 32 Projek Kualiti Hidup untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat pada masa depan.

"Daripada 27 EPP ini, lapan dilaksanakan di bawah bidang pendidikan, 13 bagi sektor pelancongan dan enam menerusi sektor minyak dan gas dengan sasaran PNK RM25.3 bilion, sekali gus mampu merangsang mempercepatkan arus pembangunan di wilayah pembangunan Iskandar Malaysia.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan