Sabtu, 10 Mac 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


‘Takkan tak sayang emak’

Posted: 09 Mar 2012 12:20 PM PST

KUALA LUMPUR: "Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya," kata Amir Mohd Omar, 27, anak Faridah Maulud, ibu yang ditinggalkan di sebuah hotel bajet di sini sejak 3 Mac lalu.

"Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu.

"Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku.

"Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang," katanya ketika bersetuju bertemu wakil Harian Metro selepas beberapa kali dihubungi, semalam.


Harian Metro berusaha mencarinya sejak pagi dengan mendapatkan nombor telefon Amir daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengusaha hotel.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Rentung berpelukan

Posted: 09 Mar 2012 12:20 PM PST

SERDANG: Menyayat hati apabila seorang ibu ditemui mati rentung berpelukan dengan dua anak perempuannya dalam bilik tidur utama selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres di Seri Kembangan, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, mangsa yang juga seorang warga Vietnam, Huyah Thi Ngoc Thao, 30-an, ditemui bersama anaknya, Yap Siew Yiee, 6, dan Yap Siew Yoon, 5, di atas katil dipercayai gagal keluar menyelamatkan diri.

Kebakaran membabitkan tiga deretan rumah teres berkenaan turut menyebabkan suami mangsa, Yap Yao Chong, 43, melecur lebih 50 peratus dan ditemui tidak sedarkan diri di luar pintu bilik utama itu.

Difahamkan, dua adik perempuan wanita terbabit, Ngoc Thao, 18, dan Lam Thi Bich Phufong, 16, terselamat selepas berjaya keluar dari rumah berkenaan dan sempat meminta bantuan jiran.


Namun, api dipercayai marak dengan cepat menyebabkan Yao Chong melecur teruk ketika cuba menyelamatkan isteri serta dua anaknya itu dan kini menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Serdang, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan