Ahad, 4 Mac 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Gagasan Terengganu dilancar

Posted:

Gagasan Terengganu dilancar

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusantimur@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 3 Mac - Pertubuhan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) dilancar secara rasmi di negeri ini hari ini.

Pelancarannya disempurnakan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah sambil disaksikan oleh Pengerusi Gagasan negeri, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.

Hadir sama Setiausaha Agung pertubuhan itu, Syed Anuar Syed Idrus.

Pada majlis itu, Jailani turut menyampaikan watikah pelantikan kepada beberapa Yang Dipertua Gagasan peringkat Parlimen, termasuklah Parlimen Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu.

Terdahulu, satu ceramah khas bertajuk Guru Pewaris Anbia disampaikan oleh Pengarah Institut Sosial Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din.

Gagasan adalah kesinambungan daripada cetusan idea bekas pemimpin Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang diketuai Datuk Hasan Malek iaitu Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersama beberapa bekas pemimpin lain.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PTG untuk artikel penuh.

Jalan ditutup sempena LTdL hari ini

Posted:

Jalan ditutup sempena LTdL hari ini

KUALA TERENGGANU 3 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di sekitar Kuala Terengganu diminta merancang perjalanan lebih awal berikutan penutupan beberapa laluan di bandar ini sempena Le Tour de Langkawi (LTdL) peringkat 10 esok.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supritendan Alias Hashim berkata, laluan dalam bandar akan mula ditutup pukul 2 petang kerana pelumba dijangka tiba di bandar Kuala Terengganu pada waktu itu.

Katanya, para pelumba akan melalui laluan Tasik Kenyir ke Kuala Terengganu dan membuat enam pusingan penamat di kawasan bandar.

"Antara jalan yang akan terlibat adalah Jalan Zainal Abidin (Dataran Shahbandar) - Pasar Payang ke Jalan Banggol serta Jalan Sultan Ismail-Jalan Batas Baru dan Jalan Sultan Omar," katanya.

Antara laluan lain, Jalan Sultan Ismail (Bulatan Batu Bersurat) - Jalan Sultan Mahmud ke lampu isyarat MB, Jalan Pantai Batu Buruk-Jalan Persinggahan ke Hotel Primula dan Jalan Sultan Zainal Abidin ke Dataran Shahbandar.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PTG untuk artikel penuh.

PEMUDA UMNO TAJA UTUSAN MALAYSIA

Posted:

PEMUDA UMNO TAJA UTUSAN MALAYSIA


ANNUAR Safian (tiga dari kanan) bersama guru dan murid-murid menunjukkan Utusan Malaysia sempena Karnival Keluarga Muda di SMK Long Ghafar (2) di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan semalam.


PERGERAKAN Pemuda UMNO Kelantan menaja 1,500 naskhah Utusan Malaysia untuk para pelajar dan pengunjung sempena Karnival Keluarga Muda yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Ghafar (2) di Kubang Kerian, semalam.

Tajaan tersebut dibuat bagi menggalakkan pelajar menggunakan akhbar sebagai sumber rujukan dan bantuan mengajar.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Annuar Safian berkata, sebahagian daripada akhbar itu diedarkan secara berperingkat-peringkat di sekolah tersebut dan Sekolah Menengah Kebangsaan Long Ghafar (1).

"Selain itu, kita juga berharap agar ia dapat memupuk budaya membaca dalam kalangan orang ramai bagi mendapatkan sumber berita yang sah dan berkredibiliti," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PTG untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan