Sabtu, 10 Mac 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Melaka ikut Kerajaan Pusat

Posted:

Melaka ikut Kerajaan Pusat

Melaka ikut Kerajaan Pusat

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 9 Mac - Kira-kira 4,000 kakitangan awam kerajaan negeri turut akan mendapat pelarasan gaji antara lapan hingga 13 peratus mengikut gred masing-masing.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ia sebagai mengikut langkah Kerajaan Pusat seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.

Turut dinaikkan menurut beliau, adalah Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) serta semua kaedah kenaikan lain yang sama seperti dilakukan Kerajaan Pusat.

"Kerajaan negeri Melaka juga akan memberi kenaikan sama dengan peringkat nasional. Kalau mereka mula (kira tunggakan) bulan Januari, kita pun akan mula bulan yang sama.

"Kenaikan gaji yang diumumkan oleh Perdana Menteri ini amat baik, tinggi, saksama dan adil. Saya harap ini boleh memberi satu motivasi dan semangat bekerja yang lebih keras di kalangan penjawat awam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-12 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Mohd. Ali diminta mengulas tentang pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri hari ini yang turut membatalkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, kerajaan negeri akan menambah bajet gaji daripada RM9 juta kepada RM9.9 juta sebulan kepada 4,000 penjawat awam di negeri ini.

"Secara purata, kita memerlukan tambahan sebanyak RM900,000 sebulan atau RM10.8 juta setahun untuk bayaran gaji kepada 4,000 kakitangan," tambahnya.

Rumah komuniti bantu penagih dadah

Posted:

Rumah komuniti bantu penagih dadah

Rumah komuniti bantu penagih dadah

JEMPOL 9 Mac – Bagi membantu penagih dadah yang ingin kembali bebas daripada cengkaman najis dadah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah mewujudkan sebuah rumah komuniti di kawasan Felda Lui Muda dekat sini, semalam.

Pegawainya, Mohd. Noorsham Mohd. Sapian berkata, rumah itu merupakan salah satu usaha pihaknya membantu golongan berkenaan untuk mendapatkan rawatan, sekali gus menjadi penghubung dengan masyarakat setempat.

"Asalnya rumah komuniti ini adalah sebuah sekolah agama yang tidak digunakan lagi. Pelbagai aktiviti akan dirancang dan dijalankan apabila rumah ini mula beroperasi tidak lama lagi.

"Antaranya kita akan adakan program rawatan pemulihan dan pencegahan dadah, seminar, sukan dan aktiviti keagamaan dan program berbentuk kemahiran," katanya pada majlis gotong-royong membersihkan kawasan berkenaan di sini, semalam.

Mohd. Noorsham memberitahu, rumah komuniti ini adalah yang pertama diadakan di daerah ini dan pihaknya berhasrat memperbanyakkan rumah komuniti di kawasan lain mengikut keperluan di masa hadapan.

Mengulas mengenai majlis gotong-royong itu, Mohd. Noorsham menjelaskan aktiviti berkenaan turut melibatkan pegawai dan kakitangan AADK, residen, anggota bomba serta penduduk setempat, selain program amal cuci kereta.

"Program tersebut telah diadakan di Masjid Tuanku Mukhriz, Bandar Seri Jempol yang mana residen akan mencuci kereta penduduk setempat dengan bayaran serendah RM5 sahaja bagi cucian luar.

"Sambutannya amat menggalakkan, 30 kereta diterima untuk dicuci. Melihatkan sambutan yang sangat baik, kita akan meneruskan program tersebut di masa hadapan," jelasnya lagi.

11 polis IPD Melaka Tengah naik pangkat dirai

Posted:

11 polis IPD Melaka Tengah naik pangkat dirai

11 polis IPD Melaka Tengah naik pangkat dirai


SALEHHUDIN Abd. Rahman (kanan) membetulkan lencana pangkat Sarjan Mejar Mohd. Taha Johan di IPD Melaka Tengah, Melaka, semalam.


MELAKA 9 Mac - Seramai 11 anggota polis diraikan dalam satu majlis ringkas sempena kenaikan pangkat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini, hari ini.

Kenaikan pangkat itu melibatkan tiga anggota berpangkat Sarjan ke Sarjan Mejar iaitu Mohd. Taha Johan, Fa'iza Md. Shah dan Ayob Sulaiman.

Lapan lagi anggota dinaikkan pangkat daripada Lans Koperal kepada Koperal.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman hadir menyempurnakan majlis penyerahan.

Salehhudin dalam pada itu mengingatkan anggota terlibat yang baru dinaikkan pangkat agar sentiasa memberi khidmat terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan