Sabtu, 3 Mac 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Polis berjaya tahan 10 kaki judi

Posted:

Polis berjaya tahan 10 kaki judi

Polis berjaya tahan 10 kaki judi

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 2 Mac - Kegiatan perjudian di sekitar Taman Matahari Height, Senawang berjaya dilumpuhkan apabila pihak berkuasa menyerbu sarang berkenaan di dua lokasi berasingan semalam.

Serbuan yang dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen Polis negeri diketuai Pegawai Turusnya, Asisten Supritendan Yusharifuddin Mohd. Yusop berjaya menahan 10 kaki judi.

Jurucakap polis berkata, dalam serbuan itu, sebanyak 50 unit komputer dan wang pertaruhan berjumlah RM520 dirampas.

Katanya, suspek yang ditahan berusia antara 18 hingga 50 tahun dan mereka ditahan ketika leka berjudi di dua premis berkenaan.

"Serbuan pertama dilakukan di sebuah premis di Taman Matahari Height dan kita menahan tiga kaki judi dan merampas 25 unit komputer," katanya.

Jurucakap itu memberitahu, dalam serbuan kedua di premis terletak kira-kira 100 meter dari lokasi pertama, pihaknya menahan tujuh kaki judi dan merampas 25 unit komputer serta wang pertaruhan RM520.

Polis turut menahan dua lelaki yang disyaki bekerja sebagai penjaga kedua-dua premis berkenaan, katanya.

Ujarnya, serbuan itu dilancarkan selepas pihaknya menerima aduan berhubung aktiviti haram tersebut dari orang ramai dan hasil risikan selama beberapa hari.

"Kita percaya semua premis perjudian ini aktif sejak beberapa bulan lalu sehingga menyebabkan penduduk berasa bimbang dan tidak selesa.

"Semua yang ditahan dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan mereka diambil," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap mesin yang dirampas atau penjara lima tahun jika sabit kesalahan.

KDN rampas 1,490 DVD haram

Posted:

KDN rampas 1,490 DVD haram

KDN rampas 1,490 DVD haram


ANGGOTA Penguat Kuasa Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) negeri memeriksa DVD yang dirampas di Taman Permai, Seremban, semalam.


SEREMBAN 2 Mac - Sebanyak 1,490 keping cakera video digital (DVD) yang disorok di tepi semak di Taman Permai di sini dirampas oleh pasukan penguat kuasa Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) negeri pada Selasa lalu.

Timbalan Ketua Cawangannya, Wan Azizul Hanafi memberitahu, semua DVD itu ditemui selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan di beberapa kedai menjual DVD di kawasan berkenaan kira-kira pukul 8 malam.

Menurut beliau, ketika diperiksa, pihaknya mendapati semua premis tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan dan terus beredar.

"Bagaimanapun, ketika melalui sebatang jalan kira-kira 100 meter dari premis itu, pihak kami ternampak seorang lelaki berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan semak di tepi jalan.

"Sebaik sahaja dihampiri, lelaki itu segera melarikan diri. Pemeriksaan yang dilakukan di kawasan itu akhirnya menemui empat kotak berisi 1,490 keping DVD cetak rompak dianggarkan bernilai bernilai RM11,920," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Wan Azizul memberitahu, kebanyakan DVD pelbagai tajuk filem serta drama dari Korea, China dan keluaran tempatan itu tidak mempunyai sijil Perakuan B daripada Lembaga Penapisan Filem.

Kesemua rampasan ini disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Penapisan Filem 2002 iaitu kesalahan menjual filem tanpa mempamerkan sijil Perakuan B.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM30,000 atau penjara maksimum tiga tahun, katanya.

Pengusaha stesen Petronas raikan warga emas

Posted:

Pengusaha stesen Petronas raikan warga emas

Pengusaha stesen Petronas raikan warga emas

SEREMBAN 2 Mac - Lebih 70 penghuni Rumah Seri Kenangan di sini diceriakan oleh 30 pengusaha stesen minyak Petronas dari seluruh negeri ini pada program Saving & Sharing di rumah perlindungan warga emas itu, baru-baru ini.

Majlis itu diadakan bertujuan menyampaikan sumbangan sebanyak RM6,347 yang dikumpul oleh 50 pengusaha stesen minyak Petronas di negeri ini melalui program berkenaan.

Pengerusi program itu, Dzulkefli Mohd. Yusof berkata, program itu dilaksanakan oleh pengusaha stesen minyak Petronas Wilayah Selatan 1 yang merangkumi kawasan di negeri ini, Melaka dan utara Johor.

Beliau berkata, setiap stesen menyumbang sebanyak satu sen daripada transaksi pembelian minyak petrol dalam tempoh dua minggu mulai 14 Februari lalu hingga semalam untuk menjayakan program tersebut.

"Ia adalah tanggungjawab sosial pengusaha stesen minyak Petronas bagi berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang bernasib baik.

"Selain itu, majlis ini membolehkan kami beramah mesra dengan warga emas supaya mereka sentiasa berasa dihargai oleh setiap lapisan masyarakat termasuk para usahawan seperti kami," katanya ketika berucap pada program tersebut.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pelawat Rumah Seri Kenangan, Hassan Abdul Rahman; Penguasa rumah berkenaan, Harun Narrsheed dan Pengurus Kawasan Wilayah Selatan 1 Petronas Dagangan Berhad, Paritush Dutt.

Pada majlis itu, Paritush menyampaikan cek sumbangan tersebut kepada Hassan.

Para pengusaha stesen tersebut kemudian menggunakan peluang pada majlis itu untuk beramah-mesra dengan warga emas yang kelihatan ceria dengan kehadiran mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan