Sabtu, 3 Mac 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Saham global dijangka kekal aliran menaik

Posted: 03 Mar 2012 02:39 AM PST

Mutakhir

SINGAPURA: Harga saham global dijangka kekal dalam aliran menaik, dirangsang oleh petunjuk ekonomi yang positif, kata Dr Shane Oliver, Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Ahli Ekonomi AMP Capital Investors.

Beliau berkata, berita mengenai krisis hutang Eropah adalah positif dengan Bank Pusat Eropah (ECB) menyediakan 529.5 bilion euro lagi dalam pembiayaan tigA tahun kepada bank.

"Perkara utama ialah hasil bon Itali, Sepanyol dan Perancis kini turun ke paras rendah baru bagi tahun ini, menambah keyakinan bahawa krisis hutang dapat dikawal. "Perkembangan pemulihan global sekarang ini kekal dengan kebanyakan petunjuk ekonomi global terus bertambah baik," katanya.

Beliau berkata, dalam jangka pendek saham global terdedah kepada pengukuhan atau pembetulan, memandangkan tahap yang tinggi dalam sentimen pelabur, kenaikan kukuh tahun ini setakat ini dan kenaikan harga minyak.

"Bagaimanapun, sebarang perubahan di peringkat global, berkemungkinan sederhana dan dengan trend menaik yang luas.

"Penilaian adalah menarik, terutamanya terhadap hasil bon yang rendah, risiko kemelesetan zon Euro sudah berlalu, momentum dalam petunjuk ekonomi global adalah positif, keadaan monetari global semakin baik dan terdapat banyak tunai," katanya. - BERNAMA

Keputusan peringkat ke-9 LTdL 2012

Posted: 03 Mar 2012 01:56 AM PST

Mutakhir

KUALA TERENGGANU: Berikut keputusan peringkat kesembilaN jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 sejauh 165.7 kilometer dari Kemasik ke Kuala Terengganu hari ini:

10 PELUMBA TERBAIK:

------------------ 1. Andrea Guardini (ITA), Farnese Vini-Selle Italia 3 jam 27 minit 06 saat 2. Matteo Pelucchi (ITA), Team Europcar
3:27:06s
3. Raymond Kreder (BEL), Garmin Barracuda
3:27:06s
4. Jacobe Keough (AS), United Healthcare
3:27:06s
5. Sonny Colbrelli (ITA), Colnago CSF Inox 3:27:06s
6. Valentin Iglinskiy (KAZ), Astana Pro Team
3:27:06s
7. Jani Tewelde (ERI), MTN Qhubeka
3:27:06s
8. Mohd Zamri Salleh (MAS), Terengganu Cycling Team
3:27:06s
9. Thomas Bertolini (ITA), Farnese Vini-Selle Italia
3:27:06s
10. Mohd Harrif Salleh (MAS), Terengganu Cycling Team
3:27:06s
.
.
.
30. Mohd Rauf Nur Misbah (MAS), Malaysia National Team
3:27:06s
41. Mohd Shahrul Mat Amin (MAS), Terengganu Cycling Team
3:27:06s
43. Mohd Fauzan Ahmad Lutfi (MAS), Malaysia National Team
3:27:06s
48. Muhamad Saufi Mat Senan (MAS), Terengganu Cycling Team
3:27:06s
49. Adiq Husainie Othman (MAS), Champion System
3:27:06s
55. Amir Mustafa Rusli (MAS), Malaysia National Team
3:27:06s
57. Suhardi Hassan (MAS), Malaysia National Team
3:27:06s
71. Ahmad Falanie Ali (MAS), Malaysia National Team
3:27:06s
112. Ng Yong Li (MAS), Azad University Cross Team
3:31:33s
114. Mohd Nor Rizuan Zainal (MAS), Malaysia National Team
3:27:06s
117. Loh Sea Keong (MAS), OCBC Singapore
3:31:49s
118. Anuar Manan (MAS), Champion System
3:27:06s

(Nota: Semua pelumba yang terbabit dalam kemalangan atau lewat akibat kemalangan itu pada jarak 3km terakhir diberikan masa sama dengan juara)

PELUMBA TERBAIK KESELURUHAN (JERSI KUNING)
------------------------------------------
1. Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli 30:18:43s
2. Jose Rujano (VEN) Androni Giocattoli 30:19:13s
3. Victor Nino Corridor (COL) Azad University Cross Team 30:19:39s

PELUMBA TERBAIK ASIA (JERSI PUTIH):
----------------------------------
1. Alexandre Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team 30:21:03s
2. Ghader Mizbani (IRI) Tabriz Petrochemical Team +02:03s
3. Andrey Zeits (KAZ) Astana Pro Team +02:08s

PELUMBA PECUT TERBAIK (JERSI BIRU):
-----------------------------------
1. Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia - 79 mata
2. Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team - 79 mata
3. Jacobe Keough (USA) United Healthcare - 65 mata

PELUMBA PENDAKIAN TERBAIK (JERSI MERAH):
---------------------------------------
1. Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli - 27 mata
2. Matteo Rabottini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia - 24 mata
3. Jose Rujano (VEN) Androni Giocattoli - 24 mata

PASUKAN TERBAIK KESELURUHAN:
----------------------------
1. Androni Giocattoli 91:00:10s
2. Astana Pro Team +12:06s
3. MTN Qhubeka +13:36s

PASUKAN TERBAIK ASIA KESELURUHAN:
--------------------------------
1. Astana Pro Team 91:12:16s
2. Tabriz Petrochemical Team +06:08s
3. Terengganu Cycling Team +16:55s - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan