Selasa, 13 Mac 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Jangan biar 'pemangsa' bebas

Posted:

Jangan biar 'pemangsa' bebas

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

KENAPA masih berlaku? Mungkin itu persoalan yang bermain di fikiran orang ramai apabila membaca atau mendengar berita terbaru mengenai pembunuhan kanak-kanak tidak berdosa, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang.

Setelah 12 hari kanak-kanak berusia lima tahun itu hilang selepas ke kedai bersendirian berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Pasir Gudang, akhirnya polis kelmarin mengesahkan mangsa telah dibunuh kejam sebelum mayatnya dibakar di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai, Johor.

Kejadian menyayat hati itu mengingatkan kita akan peristiwa hitam 20 Ogos 2007 apabila Nurin Jazlin Jazimin, murid tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang setelah keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Apalah dosa Dirang sehingga diperlakukan begitu kejam

Posted:

Apalah dosa Dirang sehingga diperlakukan begitu kejam

Fauziah Arof

ADIK Nurul Nadirah Abdullah telah meninggalkan keluarganya dan kita. Dia pergi dengan cara yang amat meruntunkan hati kita semua.

Beberapa hari sebelum itu, kita semua resah dan sangat mengharapkan agar kanak-kanak comel yang baru berusia lima tahun ini berada dalam keadaan selamat, tidak ada apa-apa yang menyakitinya dan segera pulang ke pangkuan keluarganya.

Bagi ibu bapanya, Roselyn Alan dan Lima Medeng, apatah lagi. Sejak kehilangan Nurul Nadirah yang dipanggil Dirang, mereka tidak lelap tidur dan mengadakan bacaan yassin dan solat hajat setiap malam, memohon agar anak kecil itu segera dikembalikan.

Namun, selepas 12 hari kehilangannya - setelah pergi ke kedai bersendirian dengan membawa bersamanya RM4 dan sekeping nota bertulis mi segera dan telur RM2 berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor, akhirnya kelmarin polis mengesahkan bahawa rangka manusia rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai pada Khamis lalu ialah Nurul Nadirah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan