Selasa, 13 Mac 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


UMP lancar program Kampus Hijau

Posted:

UMP lancar program Kampus Hijau

Oleh SITI NORIZAT ABDUL JALIL
utusanktn@gmail.com


Daing Nasir Ibrahim (depan tiga dari kiri) bersama Rosli Mohd. Yunus (depan, lima dari kiri) menanam pokok rantai emas pada program Kampus Hijau dan Kempen Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik di UMP Pekan, baru-baru ini.


PEKAN 13 Mac - Lebih 1,000 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyertai program Kampus Hijau dan Kempen Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik bagi menyahut seruan kerajaan terhadap penjagaan alam sekitar di sini, baru-baru ini.

Program yang bermula pada pukul 7.30 pagi itu melibatkan pelbagai aktiviti sepeti senamrobik, berbasikal, berkayak dan melepaskan anak ikan yang disempurnakan oleh Naib Canselor universiti berkenaan, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Beliau turut menanam pokok untuk landskap sebagai menyokong usaha kempen Hijaukan Bumi tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

TTPM-UMP tandatangani MoU penyelidikan bioteknologi

Posted:

TTPM-UMP tandatangani MoU penyelidikan bioteknologi

KUANTAN 13 Mac - Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) Universiti Malaysia Pahang (UMP) be kerjasama dengan kerajaan negeri menganjurkan seminar bioteknologi sempena Karnival Bioteknologi Maklumat dan Komunikasi (Bio-ICT) di sini baru-baru ini.

Seminar itu bertujuan menggalakkan aplikasi serta pembangunan bidang tersebut dengan memberi penekanan aspek pertanian, penjagaan kesihatan dan perindustrian.

Karnival itu juga menyaksikan pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) antara UMP yang diwakili Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Taman Teknologi Malaysia (TTPM) diwakili Ketua Bahagian Biotech, Fadzhairi Abd. Jabar.

Kedua-dua agensi itu akan bekerjasama dalam pembangunan penyelidikan berteraskan bioteknologi industri.

Menurut Daing Nasir, UMP melalui Pusat Kecemerlangan (CoE) Biodiversiti dan Bioteknologi berperanan sebagai pusat pengembangan ilmu yang menggabungkan kepakaran serta kemahiran daripada pelbagai bidang.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Ubah taraf hidup keluarga miskin

Posted:

Ubah taraf hidup keluarga miskin

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

BENTONG 13 Mac - Program modal insan yang dilaksanakan di Pantai Timur oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya mengubah taraf hidup keluarga miskin dan tahap pendidikan pelajar yang dianggap lemah dalam akademik.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, program tersebut dikenali sebagai Program Empower membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan kurang bernasib baik, sebaliknya mereka diberi peluang kedua bagi menikmati kehidupan yang lebih baik.

Katanya, melalui ECERDC kerajaan membelanjakan lebih RM4 juta sejak dilancarkan dua tahun lalu.

"Pada asalnya program itu memberi tumpuan membaiki kehidupan masyarakat India di Pahang yang masih jauh ketinggalan dalam bidang kemahiran dan akademik bermula di daerah ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan