Selasa, 13 Mac 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Pengguna diminta tidak panik

Posted:

Pengguna diminta tidak panik

Pengguna diminta tidak panik

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
dan NADIA SHAIFUL BAHARI
berita@kosmo.com.my

ORANG ramai berebut-rebut membeli baldi di sebuah kedai runcit di Kampung Melayu, Subang, Selangor semalam.


KUALA LUMPUR – Lebih sejuta pengguna di Lembah Klang yang bakal berdepan dengan gangguan bekalan air mulai pagi ini dinasihatkan supaya tidak panik kerana Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) kini bersiap sedia menangani masalah tersebut.

Setakat semalam, pihak Syabas sudah bersiap sedia dengan 192 tangki air dan 43 buah lori tangki untuk keperluan orang ramai mendapatkan bekalan air.

Berdasarkan pengalaman Syabas, setiap sebuah lori tangki mampu menampung 4,543 liter air dan jumlah tersebut kelazimannya mencukupi.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, jumlah lori tangki air yang dihantar ke sesebuah kawasan bergantung kepada keperluan dan jumlah penduduk.

"Buat masa ini, perhatian tertumpu kepada pengguna di kawasan Petaling kerana ia mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pedang berdarah punca terbakar

Posted:

Pedang berdarah punca terbakar

Pedang berdarah punca terbakar

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


HABIB menunjukkan sebilah pedang yang terdapat di rumah Zainab di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu yang dipercayai menjadi punca kemunculan api misteri.


KOTA BHARU – Seorang pengamal perubatan tradisional mendakwa serangan api misteri di rumah seorang warga emas di Kampung Penambang Bunga Emas di sini dipercayai berpunca daripada beberapa bilah senjata lama yang disimpan di rumah tersebut.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Habib Din berkata, tujuh senjata berkenaan termasuk golok, pisau dan sebilah pedang lama yang disimpan di dalam rumah Zainab Sulaiman, 75, mempunyai aura panas jika tidak dipulihara dengan baik.

Menurutnya, keadaan rumah warga emas tersebut menjadi semakin 'panas' apabila pedang lama tersebut bukan sahaja mengandungi kesan darah kering malah tertera kalimah suci.

"Saya minta Mok Nab (Zainab) mengeluarkan semua senjata lama itu kerana dari segi ilmu perubatan tradisional, barangan lama ini terutamanya pedang berunsurkan besi mempunyai aura panas.

"Pedang tersebut mungkin merupakan punca kemunculan api misteri tersebut kerana kebanyakan senjata lama memerlukan cara tertentu untuk menyimpannya,'' kata beliau kepada Kosmo! ketika ditemui di rumah Zainab di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Perlunya transformasi pendidikan

Posted:

Perlunya transformasi pendidikan

Perlunya transformasi pendidikan

KUALA LUMPUR – Transformasi kepada sistem pendidikan negara perlu dilaksanakan bagi melahirkan generasi muda yang mampu berfikir dan mempunyai kelebihan mengadaptasi ilmu bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, corak pendidikan sebelum ini yang menekankan kepada hafalan perlu diubah dengan menekankan kepada kemahiran proses berfikir di kalangan pelajar agar mereka mampu menggunakan ilmu yang dipelajari untuk kepentingan diri mereka.

"Kita perlu melakukan transformasi pendidikan yang mana intipatinya untuk menggalakkan pelajar berfikir kerana kita mahu melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan kritis, mampu menyelesaikan masalah, mempunyai fikiran bernas dan luar dari kotak.

"Ini kerana dunia sekarang sudah berubah, jadi keperluan kita untuk menyediakan generasi kini untuk menghadapi dunia akan datang yang pastinya berbeza daripada hari ini," katanya ketika merasmikan Program I-Think di bangunan Parlimen di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan