Isnin, 12 Mac 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Perubahan positif pengundi Cina

Posted:

Perubahan positif pengundi Cina

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

TIMBALAN Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia pada Ahad lalu melahirkan keyakinan 'mimpi ngeri' Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang menyaksikan ramai pengundi Cina beralih menyokong pembangkang tidak akan berulang.

Pilihan raya yang berlangsung pada 8 Mac 2008 telah menghasilkan satu tsunami politik apabila ramai calon Barisan Nasional (BN) di kawasan yang dianggap selamat dan pemimpin kanan parti komponennya tewas.

Analisis yang dibuat pelbagai pihak selepas PRU-12 menganggarkan 58 peratus pengundi Cina telah memilih pembangkang berbanding 44 peratus Melayu dan 88 peratus India yang turut berbuat demikian.

Pada PRU itu, MCA hanya menang 15 daripada 40 kerusi yang ditandinginya manakala Gerakan menang dua daripada 12 kerusi. Rekod tersebut adalah sangat buruk jika dibandingkan PRU 2004 yang menyaksikan MCA menang 31 daripada 40 kerusi dan Gerakan menang 10 daripada 12 kerusi ditandingi.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Pembangkang mahu julang ‘imam baling selipar’ sebagai hero

Posted:

Pembangkang mahu julang 'imam baling selipar' sebagai hero

Oleh Noraini Razak

ADAKAH selayaknya Hoslan Hussin disamatarafkan dengan Muntadar al-Zaidi? Apa persamaan kedua-duanya sehingga Hoslan mahu disamakan dengan Muntadar?

Hoslan, imam di sebuah masjid di Kampung Pandan, manakala Muntadar, wartawan dari Iraq – kaitan antara mereka adalah perbuatan Muntadar membaling kasut dan Hoslan membaling selipar.

Ketika nama Muntadar menggemparkan dunia kerana tindakan membaling kasut ke arah George W. Bush, Hoslan pula dijulang pembangkang Malaysia gara-gara melempar selipar ke arah tiga hakim Mahkamah Persekutuan.

Kasut Muntadar yang melayang hampir mengenai kepala Bush adalah lontaran kemarahan wartawan itu terhadap keganasan, penindasan serta penganiayaan Amerika Syarikat (AS) terhadap rakyat Iraq.

Apa pula kaitan selipar Hoslan dengan tiga hakim yang ternyata amat terkejut apabila benda yang sepatutnya tersarung di kaki melayang sedemikian rupa.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan